Lokman Adam

Lokman Adam
Facebook Lokman Noor Bin Adam

Monday, 22 February 2016

Assassins Involved In Six Murder Cases Shot Dead By Police

Police have solved six murder cases including one attempted murder after the men in blue gunned down two hired assassins early today (Feb 21) in a deadly shootout following a car chase.


In a press conference, State CID chief SAC Dev Kumar confirmed the case, saying the police were identifying the employer of the assassins.


He said the shooters travelled in a vehicle or motorcycle to victimise their targets.


One of the two who were shot dead was identified as Joshua Beti Chong, 44, from Sri Aman. He was arrested four times for involvement in murder and possessing illegal weapons and jailed in 2012.


The other was Awie Ningan, 36, from Seratok. He did not have a criminal record.


Both men were jobless and had families.


Dev Kumar added that all the murder victims hailed from Sibu.


Upon receiving a tip-off on Saturday, two police teams were deployed in Sarikei to trace a white Nissan Navara vehicle which was seen during the murder in January at Long Bridge Road.


They stumbled upon the vehicle with two men inside when patrolling along the JKD Road on the way to Sibu at 1.30am earlier today.


Sensing the presence of the police, the 4WD sped off towards the Sibu-Bintulu Road, triggering the pursuit.


The suspects rammed into a police vehicle in an attempt to escape, causing them to skid and lose control instead.


Police alighted from their vehicles to inspect the crashed 4WD, only to be met with a gunshot fired from within.


Police were forced to return fire, killing both suspects who were still strapped in the driver and front passenger seats.


A shotgun was found near the driver’s seat.According to the police, the vehicle had false license plates.They are currently looking for the owner of the 4WD.


The state CID chief revealed that the suspects were involved in six murders and one murder attempt since 2012.


-klxpress-

Najib Razak: Garis Empat Fokus Perlu Dikuasai Universiti Tempatan Jadikan Lebih Cemerlang

Pekan - PerPekan - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggariskan empat fokus utama yang perlu dikuasai semua universiti tempatan dalam usaha membantu negara mencapai matlamat menjadi negara maju.


Beliau berkata empat perkara itu adalah penghayatan dalam bidang inovasi; keusahawanan; penguasaan bahasa; dan kemahiran sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).


Katanya penghayatan dalam empat perkara ini membolehkan negara lebih berdaya saing seperti yang berlaku di Amerika Syarikat, sambil merujuk kepada lawatannya ke Lembah Silikon (Silicon Valley), yang membangun dengan kejayaan Stanford University.


"Saya baru balik dari Amerika, lawat Silicon Valley, Apple (Inc) dan bertemu dengan Presiden (Barack) Obama dan pemimpin ASEAN yang lain. Hasil pertemuan itu, antara yang perlu kita kuasai ialah budaya inovasi... kemampuan untuk berinovasi mesti dipupuk dan diberi rangsangan.


"Sehubungan itu, saya minta semua universiti supaya bangunkan budaya inovasi ini termasuk Universiti Malaysia Pahang (UMP) selain budaya keusahawanan yang juga boleh diajar," katanya ketika berucap merasmikan Kampus Utama UMP.


Datuk Seri Najib juga mengingatkan supaya kemahiran berbahasa Melayu selaku bahasa yang mencerminkan jati diri rakyat Malaysia dan Bahasa Inggeris yang merupakan bahasa pengantara antarabangsa diberi penekanan oleh semua universiti untuk dikuasai sehingga ke peringkat tertinggi.


Dalam masa yang sama, beliau mahu supaya empat universiti teknikal di Negara ini iaitu UMP, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Teknikal Melaka (UTeM) dan Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) di Batu Pahat, Johor kekal sebagai universiti teknikal.


"Saya akan pastikan semua universiti ini kekal sebagai universiti teknikal. Jangan tambah fakulti lain selain pendidikan teknikal. Ini akan ditetapkan sebagai satu dasar.dana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggariskan empat fokus utama yang perlu dikuasai semua universiti tempatan dalam usaha membantu negara mencapai matlamat menjadi negara maju.


Beliau berkata empat perkara itu adalah penghayatan dalam bidang inovasi; keusahawanan; penguasaan bahasa; dan kemahiran sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).


Katanya penghayatan dalam empat perkara ini membolehkan negara lebih berdaya saing seperti yang berlaku di Amerika Syarikat, sambil merujuk kepada lawatannya ke Lembah Silikon (Silicon Valley), yang membangun dengan kejayaan Stanford University.


"Saya baru balik dari Amerika, lawat Silicon Valley, Apple (Inc) dan bertemu dengan Presiden (Barack) Obama dan pemimpin ASEAN yang lain. Hasil pertemuan itu, antara yang perlu kita kuasai ialah budaya inovasi... kemampuan untuk berinovasi mesti dipupuk dan diberi rangsangan.


"Sehubungan itu, saya minta semua universiti supaya bangunkan budaya inovasi ini termasuk Universiti Malaysia Pahang (UMP) selain budaya keusahawanan yang juga boleh diajar," katanya ketika berucap merasmikan Kampus Utama UMP.


Datuk Seri Najib juga mengingatkan supaya kemahiran berbahasa Melayu selaku bahasa yang mencerminkan jati diri rakyat Malaysia dan Bahasa Inggeris yang merupakan bahasa pengantara antarabangsa diberi penekanan oleh semua universiti untuk dikuasai sehingga ke peringkat tertinggi.


Dalam masa yang sama, beliau mahu supaya empat universiti teknikal di Negara ini iaitu UMP, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Teknikal Melaka (UTeM) dan Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) di Batu Pahat, Johor kekal sebagai universiti teknikal.


"Saya akan pastikan semua universiti ini kekal sebagai universiti teknikal. Jangan tambah fakulti lain selain pendidikan teknikal. Ini akan ditetapkan sebagai satu dasar.

-BeritaRTM-

Thursday, 18 February 2016

Najib Razak Buat Pilihan Yang Tepat Menerima Dana Dari Pak Arab

Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera,

Sebelum melangkah menaiki pesawat untuk ke Sandakan bagi memenuhi undangan ceramah, saya sempat mengikuti perbualan dalam satu kumpulan whatapp penyokong BN. Kumpulan ini sungguhpun dinamakan kumpulan Penyokong BN, namun tidak semuanya menyokong Pengerusi Barisan Nasional itu sendiri, apatah lagi ada diantara mereka merupakan pentaksub Pengerusi BN lama yang pernah berkuasa selama 22 tahun.



Beberapa hari sekali, ada sahaja pertikaian yang akan dibangkitkan bagi menimbulkan keraguan terhadap Pengerusi BN baru yang kini cuba dibenamkan oleh Pengerusi BN lama yang menjadi idola individu tersebut.  Hari ini, cerita basi RM 2.6 Billion menjadi topik perbincangan walaupun ianya sudah dijawab oleh Dato Sri Azalina Said dan Dato Sri Zahid Hamidi di Parlimen. 


Salah satu isu yang menyumbang kepada pemecatan saya dari Parti Keadilan Nasional (KeADILan) pada tahun 2004 mempunyai kaitan yang cukup rapat dengan dana politik KeADILan.  Selain daripada penyelewengan sumbangan yang diterima oleh pimpinan KeADILan, saya juga telah mendedahkan dua perkara besar pada tahun 2004 dan ianya masih lagi ada dalam youtube sehingga kini.  Pendedahan pertama saya ialah, sumbangan yang KeADILan terima daripada Dato So Che Wen untuk pilihanraya umum tahun 1999.  Cek atas nama Wan Azizah bernilai 5 juta ringgit itu langsung tidak dimasukkan ke dalam akaun KeADILan. Sehingga kini kita tidak pernah mendengar YB Rafizi Ramli mempersoalkan tentang dana ini, malah beliau merupakan salah seorang ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (lantikan) yang memutuskan agar saya dipecat dari KeADILan.



Pendedahan kedua saya adalah berhubung pertemuan Wan Azizah, Azmin Ali dan Khalid Jaafar dengan George Soros di Washinton DC penghujung tahun 2003 bagi mendapatkan dana pilihanraya tahun 2004 untuk KeADILan. Pertemuan ini diatur oleh Tian Chua dan wakil Tian ketika itu ialah Elizabeth Wong dari SUARAM (Kini Exco Kerajaan Negeri Selangor) turut hadir. Itu sebab saya tidak hairan bila Tian sekali lagi mengkhianati rakyat negara ini dengan mengatur perjumpaan Puteri Jacel Kiram dengan Nurul Izzah.  Saya selaku Ahli MPT KeADILan dan teman-teman MPT yang lain langsung tidak dimaklum akan keputusan Presiden untuk meminta dana dari bangsa Yahudi yang telah menyerang matawang kita pada tahun 1997 itu. Sebelum saya dipecat, Azmin dalam satu mesyuarat jentera pilihanraya mengesahkan bahawa duit sebanyak RM 3 juta pertama telah diterima dan digunakan untuk menempah t-shirt, bendera dan topi KeADILan di China.  Ketua Pemuda KeADILan, Sdr Ezam ketika itu mengesahkan dana tersebut diperolehi dari Soros.




Apa yang cuba saya sampaikan ialah, tiada undang-undang dalam negara ini yang boleh menghalang mana-mana individu atau parti politik untuk menerima dana politik atau sumbangan dari dalam atau luar negara selagi ianya dibawa masuk mengikut sumber yang sah.  Tidak perlulah saya cerita panjang lebar bagaimana dana KeADILan dibawa masuk melalui pelbagai cara termasuk melalui proses penyeludupan.  Apa yang ingin saya kupas hari ini ialah Najib mempunyai 3 pilihan untuk mendapatkan dana politik,  dan beliau telah membuat keputusan yang paling baik bagi memastikan negara ini terus berdaulat dan beliau tidak terhutang budi kepada mana-mana tokoh koprat.



1) Pilihan pertama yang Najib ada, dia boleh ikut jejak langkah Anwar dan PKR untuk mendapatkan dana dari Soros, Amerika, Conrade Adeneur (Yayasan Kristian dari German), NDI, NED dan lain-lain sumber seperti sumber dari Singapura dan Taiwan yang menaja DAP.  Namun jika kita menang pilihanraya umum ke 13 dengan menggunakan dana asing ini, bolehkah kita memerintah mengikut acuan kita sendiri?  Sudah pasti tidak!  Kita mungkin akan jadi seperti Filipina yang sudah terlalu banyak terhutang budi dengan Amerika sehingga terpaksa mengizinkan Amerika membuka pengkalan tenteranya di Filipina. Bila, Amerika arahkan mereka menyerang Iraq pula, kita lihat Filipina terpaksa menghantar angkatan tenteranya ke Iraq. Saya yakin kita semua tidak mahu Malaysia jadi lembu cucuk hidung pada Amerika dan Yahudi.




2) Pilihan kedua, Najib juga boleh pilih cara yang digunakan oleh Tun Mahathir. Kebanyakan belanja pilihanraya BN zaman beliau ditaja oleh tokoh-tokoh koprat seperti Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari, Tan Sri Ananda Krishnan, Tan Sri Arumugam, Tan Sri Yeoh Tiong Lai, Tan Sri Vincent Tan dan ramai lagi.  



      Namun jika Najib memilih pilihan kedua ini dan menerima dana dari tokoh koprat, bolehkah Najib menolak 'proposal' atau permohonan projek oleh mereka selepas BN memenangi pilihanraya?  Sudah pasti tidak, kerana beliau juga akan terasa terhutang budi dengan tokoh-tokoh koprat tersebut. Ini akan mengakibatkan banyak perkara akan tergadai,  sepertimana tanah tapak KLCC yang dijual dengan harga yang murah oleh Tun Mahathir kepada Ananda Krishnan dan kemudiannya dijual dengan harga yang mahal oleh Ananda kepada Petronas.




 Sungguhpun Najib dikecam hebat berhubung isu 1MDB terutamanya berhubung kerjasama 1MDB dengan Petro Saudi dalam usahasama eksplorasi minyak di Tajikistan dan Argentina.  Ramai mungkin tidak sedar hikmah disebalik usahasama ini telah menyelamatkan negara dari mengikut telunjuk asing dan tokoh koprat. Kerana usahasama 1MDB dengan syarikat milik Putera Turki inilah, iaitu anak Ketujuh Raja Saudi yang juga merupakan Gabenor Ryiad ketika itu, hubungan Najib dan teman-teman di Timur Tengah begitu baik sehingga mereka menawarkan dana politik bagi membantu Najib mengekalkan Barisan Nasional sebagai pemerintah di Malaysia.


   Tidak dapat dinafikan, setiap bantuan yang dihulurkan sudah pasti ada syarat dan harapan pihak yang menaja kita. 


3)  Namun dikalangan 3 pilihan yang Najib ada, pilihan ketiga inilah yang paling baik dan selamat. 


a)  Syarat pertama Pak Arab ini adalah supaya Malaysia mengekang aktiviti militan dan pengganas terutamanya IS.  Saya masih ingat, ketika saya mula ditahan di bawah ISA di Kem Tahanan Kamunting tahun 2001-2003.  Saya telah ditempatkan di blok bersebelahan kumpulan Al Maaunah, iaitu kumpulan yang telah merompak senjata di Kem Tentera Grik dan lari ke Bukit Jenalik. Kemudiannya saya dipindahkan ke blok bersebelahan dengan Kumpulan Militan Malaysia, iaitu kumpulan yang turut dianggotai oleh Nik Adli, anak Allahyarham Tn Guru Nik Aziz. Selepas itu kumpulan Jemaah Islamiah dan Daulah Islam pula ditahan di bawah ISA.  Ini bererti, kerja memerangi militan sudah lama kita lakukan dan tiada masalah untuk Najib menerima syarat untuk mengekang Militan dan IS.


b)   Syarat Kedua Pak Arab ini adalah supaya Umat Islam Malaysia terus kekal sebagai Ahlus Sunnah Wal Jamaah dan mengekang Syiah. Saya yakin hampir semua umat Islam Negara ini memang mazhab Shafie dan bukan Syiah.  Sungguhpun begitu, usaha mengekang Syiah tidak pernah kita tinggalkan dan sekaligus tiada masalah untuk Najib menerima syarat kedua ini.



c)  Syarat Ketiga Pak Arab ini adalah supaya kita memerangi pihak-pihak yang dibiayai oleh Amerika dan Yahudi untuk menjatuhkan kerajaan Islam. Sepertimana yang kita sedia maklum, sejak 2009-2011, Arab Spring yang dibiayai oleh Amerika dan Yahudi telah berjaya menjatuhkan satu demi satu pemerintah Islam seperti Muammar Ghadafi di Lybia dan Hosni Mubarak di Mesir.  Ini sedikit sebanyak menimbulkan kebimbangan oleh Pak Arab ini.  Oleh yang demikian,  sebahagian dari hasil petroleum mereka disumbangkan kepada negara-negara seperti Malaysia bagi memastikan pemerintahan Islam di Negara ini tidak menerima nasib yang sama seperti pemimpin Mesir, Lybia dan Tunisia. Bukankah, kerja menentang proksi Amerika dan Yahudi seperti Anwar, PKR, DAP dan Bersih sudah lama kita lakukan?  Maka tidaklah jadi masalah untuk Najib bersetuju dengan syarat ketiga Pak Arab tersebut.



Saya yakin kalau anda diberi pilihan sama ada mahu mengambil duit Yahudi/Amerika, Tokoh Korporat dan Pak Arab tadi, sudah pasti anda akan mengambil pilihan ketiga. Lainlah kalau anda ada cara lain untuk mendapat dana sebanyak itu tanpa melanggar sebarang undang-undang dan etika serta tidak meletakkan pemimpin kita dalam keadaan terhutang budi kepada sesiapapun. Apa yang penting sepertimana yang Dato Sri Najib jelaskan sebelum ini, duit ini Bukan Duit 1MDB dan beliau tidak menggunakan duit ini untuk tujuan peribadi.  Jika ianya rasuah atau ingin beliau gunakan untuk tujuan peribadi, tidak perlu beliau bawa masuk duit ini ke Malaysia dengan kebenaran Bank Negara,  bukankah lebih baik ianya disimpan di Swiss Bank bagi memastikan kerahsiaannya. Duit ini juga jelas bukan duit rasuah, kerana pihak SPRM sudahpun mengesahkan bahawa duit tersebut sumbangan Pak Arab dari Timur Tengah dan SPRM sudahpun menemui pihak penyumbang.

- Lokman Adam -

Isteri Kena Raba Pun Salahkan PM

ISTERI diraba warga Nepal. Tindakan drastik, belasah Nepal tersebut hingga berdarah. Muatnaik gambar Nepal tertiarap tanpa melihatkan wajah yang jelas. Kemudian sambung berbusking, menghiburkan orang ramai. Kira-kira 4 jam kemudian, baru buat laporan polis. Dalam masa sama salahkan Perdana Menteri dan Menteri.


Manusia diberikan akal dan otak untuk berfikir. Haiwan pula walau diberikan otak, ia tidak berakal. Bezanya manusia dengan haiwan ialah akal. Kerana itulah haiwan senang seperti lembu senang dicucuk hidung dan hanya mengikut kehendak tuannya yang memberinya makan rumput setiap hari.


Malangnya di akhir zaman ini, manusia dikatakan semakin hilang akal. Akal yang menghasilkan budaya dan ketamadunan seakan-akan gagal digunakan dengan sempurna. Budaya murni bertukar menjadi budaya mental ‘tak cukup akal’. Hasilnya, terbitlah kedangkalan manusia itu.


Baru-baru ini, seorang busker mengamuk di media sosial mendakwa isterinya dicabul Nepal. Akalnya memilih untuk bertindak sendiri, membelasah Nepal berkenaan hingga tertiarap. Dimuat naik pula gambar mangsa tanpa menunjukkan wajah jelas yang dikatakan bersalah pada isterinya itu.


Paling menjengkelkan, tiba-tiba saja busker itu mengaitkan kejadian itu dengan nama Menteri dan Perdana Menteri. Menteri dan Perdana Menteri dipersalahkan dalam insiden tersebut. Dia menggunakan rasional isu bawa masuk pekerja asing Bangladesh seramai 1.5 juta yang hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini.


Melalui laman Facebooknya, busker itu juga mengakui selepas membelasah Nepal itu, dia terus sambung berbusking dan hanya membuat report pada jam lebih kurang 2.00 pagi. Sedangkan kejadian diraba itu berlaku kira-kira jam 9 malam?


Jika benar busker itu ingin menuntut keadilan, mengapa tidak terus sahaja dia bawa Nepal itu ke balai polis berdekatan dan selesaikan ketika itu juga? Mengapa perlu sambung berbusking dan melewat-lewatkan waktu?


Soalnya, waraskah akal yang menggunakan rasional tersebut untuk menyalahkan Menteri serta Perdana Menteri atas kejadian tersebut?


Jika dirujuk pada perbuatan meraba, perbuatan itu dilakukan oleh Nepal berkenaan, bukan Menteri atau Perdana Menteri yang meraba isterinya. Wajarkah akal menyalahkan mereka yang tidak membuat perbuatan meraba itu?


Perbuatan mengimport masuk Nepal itu ke Malaysia adalah perbuatan majikan Nepal berkenaan. Tapi yang dimaki ialah Menteri dan Perdana Menteri. Majikan yang membawa masuk bangla yang tidak bermoral itu tidak ‘disentuh’. Waraskah akal itu?


Mungkin kerana akal busker itu menyimpul dan mengatakan kononnya mengimport masuk bangla berdasarkan polisi kerajaan yang dibuat oleh kementerian yang diketuai oleh Menteri dan kerajaan yang diketuai oleh Perdana Menteri.


Itu kaitannya untuk menghalalkan busker itu memaki hamun dan menyalahkan Menteri dan Perdana Menteri? Maksudnya, kerana polisi yang dibuat kerajaan, maka setiap dosa jenayah atau kesalahan itu harus diletakkan di bahu pemerintah?


Sekiranya itulah logik akalnya, maka sudah tentulah Rasulullah SAW akan dipersalahkan juga jika berlaku jenayah dan insiden sumbang di zaman pemerintahan baginda di Madinah dulu. Di zaman Rasulullah, berlaku dosa zina dan sebagainya walaupun ajaran Islam yang baginda sampaikan menegah keras perbuatan tersebut.


Soalnya, apakah wajar dan tergamak akal kita untuk menuding jari pada Rasulullah atas dosa umat Islam yang berlaku di zaman baginda?


Ketika zaman itu, ekoran Madinah menjadi tumpuan pedagang dan umat seluruh dunia, pelbagai kaum wujud dan tinggal di kota Islam berkenaan. Ada yang datang dari Habsyi, Mesir, Iraq dan sebagainya. Polisi Madinah ketika itu adalah terbuka sempadan politiknya dan sesiapa saja diterima masuk dan dibenarkan bermastautin di situ.


Namun, sekiranya berlaku apa-apa kejadian jenayah oleh mana-mana pendatang luar yang menetap dan bekerja di kota itu, apakah kesalahan itu mewajarkan Rasulullah SAW dan para sahabat yang membantu baginda dimaki hamun.



Bukan mahu membela warga asing. Tapi jika difikirkan secara rasional, apabila kita berada dalam keadaan yang marah kerana isteri diraba, apa tindakan yang akan kita lakukan? Sambung menyanyi atau membuat laporan polis terlebih dahulu? Tepuk dada, tanya iman.

-klxpress-

Asas Ekonomi Malaysia Kukuh – PM Najib


MALAYSIA memiliki asas ekonomi yang kukuh di sebalik kelembapan global, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada pengurus dana.


Katanya, kerajaan akan terus mengekalkan polisi pengurusan berhemat, mengekalkan tahap nisbah hutang bawah 55 peratus daripada KDNK, mengawal perbelanjaan dan mengekalkan lebihan akaun semasa.


Baca: Malaysia Terus Maju Ke Hadapan Meskipun Keadaan Ekonomi Tidak Menentu


“Prospek Malaysia adalah baik. Dalam keadaan ekonomi dunia sekarang, kami masih menguruskannya dengan baik,” katanya dalam ucaptama sempena siri jelajah Bursa Malaysia dan Bank Pelaburan Maybank, Invest Malaysia, di sini.


Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, nilai ringgit akan pulih walaupun ketika ini rendah berbanding dolar Amerika.


Perdana Menteri berkata, pengurus dana cenderung untuk mengkelaskan Malaysia dalam kalangan pasaran meningkat naik.


“Malaysia memiliki asas tertentu yang membezakannya daripada pasaran meningkat naik yang lain,” katanya.


Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar; Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bursa Malaysia, Datuk Seri Tajuddin Atan; dan CEO Bank Pelaburan Maybank, John Chong.


Siri jelajah `Invest Malaysia 2016: Conversation Series’ itu diadakan di tiga hab kewangan terkemuka dunia sebelum ini iaitu Hong Kong, Singapura dan London.


Kumpulan berkenaan telah menemui 103 pelabur pengurus dana daripada 79 dana dengan aset di bawah pengurusan (AUM) bernilai lebih AS$20 trilion, dengan hampir 95 peratus daripadanya adalah dana `jangka panjang’ sahaja.


Ini kali pertama pengurus dana berpangkalan di San Francisco berpeluang berbincang dengan Najib menerusi sesi tertutup. Seramai 16 pengurus dana daripada 11 syarikat pengurusan dana menghadiri sesi berkenaan.


Mereka mengendalikan dana berjumlah AS4.5 trilion. San Francisco adalah pusat kewangan di barat Amerika Syarikat.


Banyak firma broker dan perbankan mempunyai pejabat di sini manakala syarikat seperti Charles Schwab and Franklin Templeton Investments mempunyai ibu pejabat di San Francisco.


Sebagai pintu masuk ke Lembah Silikon, San Francisco mempunyai fokus khusus dalam sektor teknologi dan Bay Area adalah ibu pejabat global bagi industri modal teroka.


Wahid yang bertanggungjawab bagi perancangan ekonomi, berkata semua mesyuarat bersama pengurus dana di hab kewangan lain mendapat sambutan memberangsangkan.



“Mereka berpendapat kita bertindak proaktif dalam Pengubahsuaian Bajet 2016 dan langkah meningkatkan hasil yang banyak membantu bagi menampung kekurangan RM9 bilion dari segi pendapatan.


“Bagaimanapun, mereka menyatakan kebimbangan terhadap ekonomi China yang perlahan dan berkemungkinan mencetuskan ketidakstabilan dalam pasaran kewangan global,” katanya.


-BicaraNews-

Empat Sahabat Selamat Dikebumikan. Al-fatihah


18 FEB : Suasana pilu menyelubungi majlis pengkebumian empat sahabat di tanah perkuburan Islam di Cahaya Masai dan Plentong, Johor, Rabu malam.


alfatihahJenazah Luqman Jainie, Abu Izzani Abu Bakar, Nik Shakir Zufayri dan Muhammad Asyraf Isa yang ditemui dalam kereta yang tenggelam dalam anak sungai di Kilometer 42 Jalan Kota Tinggi – Mersing pagi tadi, sebelum itu disembahyangkan di Masjid Nurul Hidayah di Jalan Tasek, Bandar Seri Alam, berhampiran kediaman keluarga mereka.


Hampir 1,000 jemaah hadir menunaikan solat jenazah mereka.


Jenazah Luqman, Nik Shakir Zufayri dan Muhammad Asyraf dikebumikan di Tanah Perkuburan Cahaya Baru Masai di Pasir Gudang, manakala jenazah Abu Izzani dikebumi di Tanah Perkuburan Islam di Sungai Tengkorak, Plentong.


Kelmarin, media melaporkan bahawa empat rakan sebaya berusia 21 tahun hilang sejak 10 Feb. lalu 4 sahabatsewaktu dalam perjalanan untuk bercuti dari kediaman mereka di Bandar Seri Alam ke Terengganu.


Mereka menaiki kereta jenis Honda Accord sewaktu bertolak dari Seri Alam sekitar jam 9.30 malam dan dipercayai melalui jalan Johor Baharu-Kota Tinggi-Mersing-Rompin untuk ke lokasi percutian mereka.


Bagaimanapun, anggota keluarga mangsa melaporkan bahawa mereka gagal dihubungi melalui telefon bimbit selepas dua jam bertolak namun hanya membuat laporan polis lima hari kemudian selepas terus gagal untuk menghubungi mereka.


Spekulasi kehilangan empat sahabat itu sejak seminggu lalu bagaimanapun terjawab pagi tadi apabila kenderaan yang dinaiki mereka ditemui dalam sungai berhampiran ladang kelapa sawit dekat Felda Tenggaroh Rabu tadi.


Semua mangsa ditemui maut di dalam kereta itu yang dipercayai terbabas sebelum terhumban ke dalam anak sungai itu.


-BNBCC-

Sumbangan Eksport Barangan Halal Capai 20 Peratus - HDC


Kuala Lumpur  - Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) berharap sumbangan eksport barangan halal oleh syarikat bumiputera mencapai 20 peratus menjelang 2020.


Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Seri Jamil Bidin berkata daripada RM42 bilion nilai eksport barangan halal tahun lepas, sumbangan syarikat bumiputera hanya sebanyak sembilan peratus.


"Bersandarkan usaha yang giat oleh pemegang kepentingan seperti HDC, Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) serta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), kami menjangkakan jumlah syarikat bumiputera yang mendapat persijilan halal akan meningkat kepada 5,000 menjelang 2020," katanya kepada pemberita selepas pengumuman kerjasama HDC-Perdasama.


HDC dan Perdasama akan melaksanakan program transformasi dan globalisasi untuk usahawan bumiputera dalam industri halal bagi membantu mereka meningkatkan rantaian nilai dan bersedia untuk mengeksport.


Hadir sama ialah Presiden Perdasama, Datuk Moehamad Izat Emir, Naib Presiden Datuk Naim Mohamad dan Pengerusi Biro Wanita Perdasama, Junaidah Mohamed.


Program berkenaan, yang dianjurkan Wanita Perdasama di bawah Kluster Halal Perdasama, akan bermula pada Mac dan April, melibatkan dua hari seminar diikuti program bimbangan selama enam bulan.


Katanya, insiden pencemaran sungai meningkat sebanyak sembilan peratus pada 2014, berbanding lima peratus pada 2013.
Terdahulu, Wan Junaidi dianugerahkan Profesor Penyelidikan oleh University of Seoul dalam bidang alam sekitar atas usaha cemerlang dan sumbangan beliau dalam menangani masalah jerebu tahun lepas.

-BeritaRTM-

Tanah Di Kawasan Perlombongan Bauksit Boleh Dipulihkan - Wan Junaidi

KUALA LUMPUR: Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata tanah di sekitar kawasan perlombongan bauksit boleh dipulihkan untuk aktiviti penanaman pada masa depan.


Bagaimanapun, rawatan tanah berkenaan boleh menjangkau sehingga tempoh 50 tahun sebelum ia dapat dipulihkan seperti sediakala, katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar Malaysia-Korea 'Healthy River Basin' di sini pada Rabu.


Menjelaskan lanjut mengenai kaedah pemulihan berkenaan, Ketua Pengarah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia Datuk Seri Abd Rahman Abd Rahim berkata kawasan perlombongan bauksit yang menjalani rawatan perlu ditanam dengan tanaman menjalar seperti kekacang untuk tempoh yang lama.


"Ini kerana tanaman menjalar boleh membantu meningkatkan kualiti tanah dan ia telah terbukti di Malaysia.


"Contohnya, ibu pejabat Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) di Kepong, telah menjalani rawatan yang sama kerana tanahnya merupakan kawasan bekas lombong sebelum ia dipulihkan semula sebagai kawasan hijau," katanya.


"Berkemungkinan ia akan ambil masa hingga 50 tahun sebelum semua kembali normal, tetapi untuk memulihkan tanah yang usang semangnya boleh," katanya.


Semalam, Bernama melaporkan seorang Profesor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkata Ladang kelapa sawit di Felda Bukit Goh, Bukit Kuantan, Bukit Sago dan Bukit Nerang di Pahang berdepan masa suram berikutan perlombongan bauksit di kawasan berkenaan.


Dr Maketab Mohamed berkata perlombongan bauksit di kawasan itu menghasilkan kromium yang beracun dan boleh merosakkan tanaman kelapa sawit di kawasan Felda terbabit.



Kerajaan Sedia Pinda Hukuman Syariah Akta 355

PUTRAJAYA 17 Feb. – Akta Mahkamah Syariah 1965 (Akta 355) yang sebelum ini tidak mengenakan hukuman sama seperti yang diperuntukkan dalam kesalahan syariah bakal dipinda bagi menepati kehendak syarak dan memperkasakan institusi Mahkamah Syariah.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, akta tersebut yang sebelum ini hanya mengehadkan denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau sebatan tidak lebih enam kali atau kombinasi mana-mana hukuman itu akan dipinda bagi memenuhi tuntutan Islam.


Bagaimanapun, beliau berkata, orang bukan Islam tidak perlu bimbang kerana pindaan tersebut ha­nya tertakluk kepada bidang kuasa Mahkamah Syariah dan orang Islam sahaja.


“Dalam tempoh begitu lama, sejak Mahkamah Syariah berjalan pada tahun 1988 hingga sekarang, peruntukan hukuman ‘365’ ini iaitu tiga tahun penjara, denda RM5,000 dan sebat enam kali perlu dilihat semula bagi memenuhi keperluan untuk Islam dalam pelaksanaan undang-undang di Malaysia.


“Sebenarnya, perkara ini bukan benda baharu, dalam Akta 355 empat perkara ini iaitu minum arak, qazaf (tuduh zina), murtad dan berzina telah ada cuma hukuman maksimum enam sebatan akan ditambah bagi menepati kehendak syarak,” katanya.


Terdahulu beliau mengadakan pertemuan tertutup dengan pemimpin Kerajaan Negeri Kelantan yang diketuai oleh Timbalan Menteri Besarnya, Datuk Nik Mohd. Amar Nik Abdullah dan Setiausaha Agung Pas yang juga Ketua Sekretariat Tetap Hudud Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan di sini hari ini.


Jamil Khir berkata, bagi kesalahan meminum arak umpamanya, berdasarkan Akta 355 jumlah hukuman maksimum yang dikenakan hanya sebatan sebanyak enam kali dan tidak boleh melebihi jumlah tersebut, namun menerusi pindaan, jumlah tersebut akan ditambah bagi memenuhi keperluan syarak.


“Sekarang kalau minum arak akan dikenakan sebat enam kali maksimum, sepatutnya (dalam hukum syarak) ada 40 ke 80 kali rotan jadi kita serahkan kepada hakim untuk tentukan jumlahnya sama ada 40 kali atau 80 kali atau enam kali rotan sahaja.



“Perkara ini sama seperti kesalahan berzina, hakim hendak letakkan hukuman rotan 100 kali tidak boleh sebab akta ini hanya mengehadkan enam kali sebatan sahaja,” katanya.

-Utusan-

Penggiat Industri Pelancongan Perlu Manfaatkan Ketibaan Pelancong Tahun Ini - TPM


KUALA LUMPUR, 17 Feb- Penggiat industri pelancongan perlu memanfaatkan sepenuhnya gelombang ketibaan pelancong akan datang, yang diunjurkan berkembang sebanyak empat hingga lima peratus di Asia dan Pasifik tahun ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.


Beliau berkata, melalui penciptaan produk menarik dan bernilai tinggi, ditambah pula dengan perkhidmatan berkualiti, mereka akan dapat menarik lebih banyak pelancong antarabangsa ke negara ini.


"Tinjauan Pertubuhan Pelancongan Sedunia atau UNWTO bagi 2016 mengunjurkan ketibaan pelancong antarabangsa akan berkembang sebanyak empat peratus di seluruh dunia, manakala di peringkat serantau pula, pertumbuhannya dijangka mencatat jumlah lebih besar di Asia dan Pasifik iaitu antara campur empat peratus hingga campur lima peratus.


"Oleh itu, saya percaya, tiada masa yang lebih baik daripada sekarang bagi Malaysia untuk memanfaatkan sepenuhnya gelombang pertumbuhan akan datang ini," katanya ketika merasmikan majlis Anugerah Pelancongan Malaysia 2014/2015 di sini malam ini.


Beliau berkata kerajaan akan memainkan peranannya untuk menggubal dasar yang boleh menjadikan Malaysia sebuah destinasi lebih mesra pelancong, dengan memberi keutamaan terhadap keselamatan negara dan kemudahan perjalanan.


Ahmad Zahid berkata pelaksanaan pengecualian visa dan sistem e-visa bagi memudahkan perjalanan lebih banyak pelancong China ke Malaysia adalah antara langkah yang menunjukkan kesungguhan kerajaan untuk menambah baik sektor pelancongan negara ini.


Berikutan sasaran untuk menarik lapan juta pelancong China dalam masa lima tahun akan datang, kata Ahmad Zahid, kerajaan memudahkan mereka untuk datang ke Malaysia, memandangkan persaingan untuk menarik mereka sangat sengit, lebih-lebih lagi apabila Thailand dan Indonesia juga berusaha untuk menarik pelancong dari negara itu.


"Masing-masing mempunyai daya tarikan, tetapi Malaysia, saya tahu, mempunyai kelebihan berbanding mereka kerana negara kita benar-benar bersifat pelbagai kaum, pelbagai budaya dan pelbagai agama.


"Ini suatu kelebihan, suatu keunikan yang hanya dimiliki Malaysia dan perlu kita manfaatkan untuk mempromosikan negara kita kepada pelancong China," katanya.


Dalam ucapan beliau juga, Ahmad Zahid mengumumkan artis dan penyanyi terkenal tanah air, Sheila Hamzah, yang popular di China, akan dilantik sebagai Duta Pelancongan Malaysia bagi menarik lebih banyak pelancong dari negara itu.


Terdahulu, Ahmad Zahid berkata sejak beberapa tahun lepas, industri pelancongan Malaysia mencatat pertumbuhan ketara dari segi ketibaan pelancong dan sumbangan terhadap ekonomi.


Katanya daripada hanya 5.5 juta ketibaan pelancong pada 1998, yang menyumbang pendapatan berjumlah kira-kira RM8.5 bilion, Malaysia dijangka menarik 36 juta pada 2020 dan menjana pendapatan pelancongan sebanyak RM168 bilion.


Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, timbalan beliau, Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan beratus-ratus penggiat industri pelancongan.


Dianjurkan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, sebanyak 65 anugerah disampaikan kepada penggiat industri yang memberi sumbangan cemerlang dan penting terhadap kejayaan industri pelancongan Malaysia.


Ia termasuk Anugerah Pengusaha Perjalanan Tempatan Terbaik, Pengusaha Perjalanan Asing Terbaik, Pakej Perjalanan Terbaik, Tarikan Pelancong Terbaik, Pemandu Pelancong Terbaik, Inap Desa Terbaik dan Perkhidmatan Hotel Terbaik.


- BERNAMA -

Najib Razak: Perangi Ideologi Salah

SUNNYLANDS (California) 17 Feb. - Sidang Kemuncak ASEAN-Amerika Syarikat (AS) berakhir hari ini dengan penegasan Malaysia bahawa usaha membanteras keganasan yang menjadi tumpuan agenda pertemuan, hanya akan berjaya jika dapat memenangi peperangan melawan ideologi Islam yang tidak menepati prinsip sebenar Islam.


Perkara itu ditegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang pada sesi terakhirnya membincangkan tema Mempertahankan Keamanan, Kestabilan dan Kesejahteraan Asia Pasifik.


Najib yang mencelah dalam sesi akhir perbincangan Presiden Barack Obama dengan para pemimpin tertinggi ASEAN itu menegaskan, usaha membanteras ancaman keganasan tidak hanya melalui ketenteraan dan penguatkuasaan tetapi turut memenangi peperangan ideologi.


“Untuk itu, Malaysia dipilih menjadi pusat counter-messaging bagi membetulkan fahaman terhadap apa juga mesej yang dibawa oleh kumpulan yang menggelar diri mereka IS serta pada masa sama memaparkan Islam sebenar,” katanya kepada wartawan Malaysia.


Perdana Menteri yang menyifatkan sidang ulung ASEAN-AS itu sebagai berjaya, produktif dan signifikan menambah, selaras dengan usaha itu beliau akan membentangkan laporan indeks syariah bagi mengukur pelaksanaan agenda Islam dan pengisian memartabatkan Islam di Malaysia pada akhir Mac ini.


“Tujuan akhirnya untuk mentakrifkan apa itu negara Islam. Inilah sumbangan Malaysia untuk memenangi hati dan fikiran rakyat supaya tidak tertarik kepada mereka yang terima bulat-bulat dan menjadi perekrut serta pengikut fahaman IS,” jelasnya.


Dalam sesi itu, Najib berkata, beliau turut menekankan pentingnya kesederhanaan atau wasatiyyah yang merupakan senjata berkesan dan perlu untuk dikembangkan bagi menangani keganasan dan ektremisme.


Mengenai perubahan iklim katanya, Malaysia mahu negara maju melaksanakan komitmen mereka terutama dari segi menyediakan sumbangan dan pembiayaan dana hijau secukupnya kepada negara-negara sedang membangun.


Beliau menambah, dalam isu pemerdagangan manusia pula yang disifatkan sebagai perhambaan zaman moden, ASEAN telah mengambil langkah-langkah perundangan dan penguatkuasaan tertentu.


“Sebagai satu penegasan saya telah menyatakan supaya ini perlu diselesaikan di peringkat sumbernya. Saya menyatakan Malaysia telah menerima 60,000 pelarian,” katanya.


Dalam sesi itu juga jelas Najib, Malaysia telah memberi peringatan tentang ancaman berpunca daripada Filipina belum berakhir dengan Sabah terutamanya masih terdedah ancaman kumpulan seperti Abu Sayyaf dan tentera Sulu.


“Malaysia menyatakan rundingan untuk memuktamadkan undang-undang asas Bangsamoro belum diluluskan oleh Kongres Filipina. Ini satu lagi halangan kepada keamanan di selatan Filipina,” jelas Perdana Menteri.


Sementara itu, kata Najib, pada sesi penggulungan sebelum kenyataan bersama dikeluarkan, Presiden Barack Obama turut mengucapkan terima kasih kepada Malaysia atas peranannya sebagai negara penyelaras hubungan ASEAN-AS yang membawa kepada kejayaan sidang kemuncak itu.


Esok, lawatan Perdana Menteri akan diteruskan dengan bertemu pengurus dana, makan tengah hari bersama kapten industri, melawat Apple dan Tesla Motors di San Francisco. 

-Utusan-



Wednesday, 17 February 2016

Ancaman Zika: FDA Keluar Garis Panduan Pengambilan Darah


WASHINGTON: Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA) menyarankan supaya tiada darah diambil dari zon aktif penularan virus Zika.


Menurut agensi itu, darah yang diperlukan untuk pemindahan boleh didapati dari kawasan di negara yang tidak mempunyai kes aktif penularan virus berkenaan.


Bank darah juga boleh terus mengumpul dan menyediakan platelet serta plasma jika teknologi pengurangan patogen yang diluluskan FDA digunakan.


Ini kerana teknologi pengurangan patogen semasa tidak diluluskan untuk merawat darah merah yang digunakan dalam kebanyakan pemindahan.


Sehubungan itu, FDA menyeru orang ramai yang berisiko dijangkiti virus Zika supaya menangguhkan pendermaan darah sekurang-kurangnya bagi tempoh empat minggu.


Ia sekali gus membantu mengurangkan risiko pengumpulan darah dan komponennya daripada penderma yang mungkin dijangkiti virus Zika.

-BNBCC-

4 Remaja Dilapor Hilang Mayatnya Ditemui Dalam Sungai


17 FEB: Mayat empat remaja lelaki yang dilaporkan hilang sejak Rabu lalu ketika dalam perjalanan ke Terengganu, ditemui dalam sebuah kereta berhampiran ladang kelapa sawit di Kilometer 42, Jalan Kota Tinggi-Mersing.


Kereta Honda Accord itu ditemui dalam sungai oleh pekerja ladang berkenaan pada jam 9.20 pagi tadi sebelum menghubungi polis.


Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superintendan M Kumar ketika ditemui di lokasi kejadian, berkata empat mayat dalam kereta itu dibawa ke Hospital Mersing.


“Kita masih menjalankan siasatan dan akan mendapatkan keterangan daripada pihak keluarga remaja berkenaan selepas membuat pengecaman.


“Berdasarkan siasatan awal, polis percaya kereta itu terbabas sebelum terjunam ke dalam sungai,” katanya.


Empat remaja itu dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan dari rumah mereka di Bandar Seri Alam, di sini, ke Terengganu untuk bercuti.


Semua mereka yang berusia 21 tahun itu dikenali sebagai Luqman Jainie, Abu Izzani Abu Bakar, Nik Shakir Zufayri dan Muhammad Asyraf Isa.




Siasatan polis mendapati mereka bertolak dari Seri Alam, di sini, kira-kira jam 9.30 malam Rabu lalu dengan menaiki kereta Honda Accord menuju ke Terengganu.


Mereka dipercayai melalui jalan Johor Bahru-Kota Tinggi-Mersing-Rompin untuk bercuti ke lokasi yang masih belum diketahui secara tepat.



Namun, selepas dua jam bertolak kira-kira jam 11.30 malam, mereka gagal dihubungi melalui talian telefon bimbit.

-BNBCC-