Lokman Adam

Lokman Adam
Facebook Lokman Noor Bin Adam

Wednesday, 17 February 2016

Pengeksport Minyak Hadkan Pengeluaran Untuk Menangani Lambakan Simpanan Global


Doha, Qatar - Pengeksport minyak terbesar dunia, Russia dan Arab Saudi, bersetuju membekukan pengeluaran minyak mentah  bagi menangani masalah lambakan simpanan global.


Menurut Agensi Tenaga Antarabangsa, Arab Saudi mengeluarkan 10.2 juta tong setiap hari pada Januari berbanding 10.5 juta tong sehari pada waktu puncak Jun tahun lalu.


Manakala Rusia pula mengeluarkan hampir 10.9 juta tong minyak sehari dalam bulan yang sama.


Persetujuan dicapai melalui mesyuarat tertutup yang diadakan di Doha, Qatar melibatkan Menteri Minyak Arab Saudi, Rusia, Qatar dan Venezuela.


Rundingan diadakan untuk membantu harga minyak pulih daripada paras terendah dalam tempoh lebih sedekad.


Selepas pengumuman itu, minyak menunjukkan pengukuhan dengan Brent meningkat 2.4 peratus lebih tinggi di London pada 141 ringgit 41 sen setong selepas meningkat 6.5 peratus dalam sesi dagangan sebelum itu.



Ketua Perunding Minyak Petromatrix, Olivier Jakob menyifatkan langkah itu tidak akan menyebabkan perubahan serta-merta tetapi akan mewujudkan asas kepada pemulihan harga minyak.

-BeritaRTM-

No comments:

Post a Comment