Lokman Adam

Lokman Adam
Facebook Lokman Noor Bin Adam

Tuesday 16 February 2016

JALINAN PERDAGANGAN ASEAN-AS LEBIH RAPAT DENGAN TPPA



Kuala Lumpur - Hubungan perdagangan Amerika Syarikat dan ASEAN juga lebih rapat dengan termeterainya Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) awal bulan ini.


Empat negara komuniti ASEAN - Malaysia, Singapura, Brunei dan Vietnam telah menjadi sebahagian daripada perjanjian perdagangan itu.


Amerika juga menandatangani Perjanjian Kerangka Kerja (Framework Agreements) dalam bidang perdagangan dan pelaburan, selain mengadakan dialog rasmi dengan Sembilan negara anggota ASEAN.


Perjanjian dan rundingan berkenaan memberikan mekanisme untuk menangani isu-isu atau halangan yang timbul, dalam aktiviti perdagangan.


Serentak Persidangan ASEAN-Amerika Syarikat yang berlangsung di Kuala Lumpur 21 November tahun lalu, kedua-dua pihak telah bersetuju meningkatkan hubungan kerjasama kepada tahap Perkongsian Strategik".


Dan kesinambungan daripada itu, Presiden Barrack Obama telah mempelawa semua pemimpin AEC untuk bertemu pada sesi pemukiman" di Sunnylands, bagi meraikan, dan mempericikan hala tuju ikatan tersebut.


Sidang kemuncak khas pemimpin ASEAN-Amerika Syarikat itu, diadakan dua hari sehingga esok.


Topik, hari pertama, lebih tumpuan lebih kepada aspek ekonomi iaitu inisiatif "Mempromosi Inovatif dan Ke-usahawanan Komuniti ASEAN".



Dan sesi kedua esok pula, membincangkan tentang "Melindungi Keamanan, Kemakmuran, dan Keselamatan di Asia Pasifik".

- klxpress -

No comments:

Post a Comment