Lokman Adam

Lokman Adam
Facebook Lokman Noor Bin Adam

Wednesday 17 February 2016

Permohonan Untuk Geran Anugerah Merdeka 2016 Dibuka

Kuala Lumpur - Dua individu bertuah akan diberi peluang untuk melanjutkan penempatan di luar negara melalui Lembaga Pemegang Amanah Anugerah Merdeka.


Permohonan untuk geran Anugerah Merdeka bagi penempatan antarabangsa 2016 kini terbuka kepada warganegara Malaysia yang layak berumur antara 22 dan 35 tahun.


Tarikh tutup permohonan ialah 29 Feb.


Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan bagi pihak Sekretariat Anugerah Merdeka, kedua-dua individu cemerlang yang dipilih akan terlibat dalam projek kerjasama jangka pendek atau program penyelidikan di institusi tuan rumah yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.


Sejak anugerah ini diwujudkan pada 2011, empat anak muda Malaysia berjaya menamatkan penempatan mereka di pelbagai institusi berprestij di luar negara, manakala dua yang lain akan memulakan program mereka.


Seorang daripada dua penerima pertama anugerah itu, Profesor Madya Dr Abhimanyu Veerakumarasivam, berkata beliau mendapat manfaat daripada penempatan ke Johns Hopkins University School of Medicine dan Broad Institute of MIT dan Harvard di Amerika Syarikat. "Pengalaman dan pengetahuan yang saya peroleh daripada penempatan saya telah meningkatkan kajian saya dalam kanser pundi kencing," katanya.


Penerima pertama lain anugerah itu, Dr Natrah Fatin Mohd Ikhsan, ditempatkan di Sydney Institute of Marine Science di Australia dan Scripps Institution of Oceanography di Amerika Syarikat.



Anugerah itu telah diasaskan oleh Petronas, ExxonMobil dan Shell pada Ogos 2007 sebagai ganjaran kepada rakyat Malaysia dan rakyat asing yang cemerlang dan memberi sumbangan berterusan kepada negara dalam bidang masing-masing.

No comments:

Post a Comment