KUALA
LUMPUR: Hanya berbaki kira-kira dua bulan sebelum kontraknya tamat April ini,
Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz masih enggan mendedahkan
maklumat lanjut berkenaan penggantinya.
Walau
bagaimanapun beliau berkata, pengumuman tersebut bakal dilaksanakan.
“Anda
akan dimaklumkan apabila tiba masanya, kerana ia sesuatu yang pasti akan
berlaku.
“Ada
proses (pemilihan Gabenor baru) yang perlu diikuti, jadi anda semua perlu
bersabar buat masa sekarang,” katanya ketika melancarkan Platform Akaun
Bersepadu (IAP), sebuah platform pelaburan perbankan Islam baru di Bangunan
Sasana Kijang di sini hari ini.
Beliau
mengulangi bahawa proses pemilihan gabenor baru mengambil tempoh sedemikian
lama kerana ia dilakukan dengan teliti dan mendalam.
Ini
bagi memastikan pengganti beliau mempunyai kelayakan yang diperlukan di samping
memenuhi semua kriteria yang diperlukan.
Beliau
juga menambah walau siapapun yang dipilih menggantikannya menerajui bank pusat,
rakyat tidak perlu gusar kerana Bank Negara kekal kukuh sebagai sebuah
institusi kewangan.
“Sebagai
sebuah institusi, bank pusat mempunyai kekukuhan dan daya tahan yang baik,”
tambah Zeti.
Mengulas
mengenai aspek kebebasan bank pusat ekoran pelantikan gabenor baru, Zeti
menzahirkan keyakinan beliau bahawa Bank Negara akan kekal sebagai entiti bebas
dan berintegriti tinggi.
“Kebebasan
kami adalah kebebasan secara organisasi secara keseluruhannya.
“Saya
menerajui bank pusat sepanjang kepimpinan lima Menteri Kewangan dan tiga
Perdana Menteri, saya telah menikmati kebebasan ini sepanjang tempoh tersebut.
“Saya
jangka ini akan berterusan walaupun selepas saya meninggalkan bank pusat,” kata
beliau.
-Awani-
No comments:
Post a Comment