Lokman Adam

Lokman Adam
Facebook Lokman Noor Bin Adam

Thursday 18 February 2016

Sumbangan Eksport Barangan Halal Capai 20 Peratus - HDC


Kuala Lumpur  - Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) berharap sumbangan eksport barangan halal oleh syarikat bumiputera mencapai 20 peratus menjelang 2020.


Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Seri Jamil Bidin berkata daripada RM42 bilion nilai eksport barangan halal tahun lepas, sumbangan syarikat bumiputera hanya sebanyak sembilan peratus.


"Bersandarkan usaha yang giat oleh pemegang kepentingan seperti HDC, Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) serta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), kami menjangkakan jumlah syarikat bumiputera yang mendapat persijilan halal akan meningkat kepada 5,000 menjelang 2020," katanya kepada pemberita selepas pengumuman kerjasama HDC-Perdasama.


HDC dan Perdasama akan melaksanakan program transformasi dan globalisasi untuk usahawan bumiputera dalam industri halal bagi membantu mereka meningkatkan rantaian nilai dan bersedia untuk mengeksport.


Hadir sama ialah Presiden Perdasama, Datuk Moehamad Izat Emir, Naib Presiden Datuk Naim Mohamad dan Pengerusi Biro Wanita Perdasama, Junaidah Mohamed.


Program berkenaan, yang dianjurkan Wanita Perdasama di bawah Kluster Halal Perdasama, akan bermula pada Mac dan April, melibatkan dua hari seminar diikuti program bimbangan selama enam bulan.


Katanya, insiden pencemaran sungai meningkat sebanyak sembilan peratus pada 2014, berbanding lima peratus pada 2013.
Terdahulu, Wan Junaidi dianugerahkan Profesor Penyelidikan oleh University of Seoul dalam bidang alam sekitar atas usaha cemerlang dan sumbangan beliau dalam menangani masalah jerebu tahun lepas.

-BeritaRTM-

No comments:

Post a Comment