Lokman Adam

Lokman Adam
Facebook Lokman Noor Bin Adam

Wednesday 17 February 2016

Majoriti Ketua Cabang Tidak Sokong Azmin Ali


Azmin jenis berdendam. Itulah kenyataan terbaru Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia Badrul Hisham Shaharin dengan mendakwa bahawa kenapa ramai ketua cabang PKR di Selangor tidak dilantik sebagai ahli majlis Pihak berkuasa Tempatan (PBT). Bagi Chegu Bard, itulah hukuman yang Azmin kenakan kepada mereka yang tidak menyokongnya.


“Kebanyakan cabang-cabang di Selangor tidak sokong Azmin, maka beliau mengambil dendam ini dan ia lebih buruk daripada cara Umno berdendam.


“Azmin tidak menghormati parti. Kerisauan kita apabila berdepan dengan pilihan raya nanti, mereka (ahli-ahli cabang) ini yang akan berdepan dengan rakyat.


“Tapi macam mana mereka nak tolong jika Azmin tak tolong (pilih) mereka,” kata Chegubard dalam sidang media di Dewan Perhimpuan Cina Kuala Lumpur dan Selangor petang tadi.


Dakwaan Chegubard itu disahkan oleh Setiausaha PKR Cabang Kelana Jaya, S Murali.


Menurut Murali beliau kesal dengan tindakan Azmin yang disifatkan sebagai ‘cakap tak serupa bikin’.


“Azmin tidak ikut apa yang diputuskan oleh kami ketika bermesyuarat. Kami sudah buat keputusan dan beri cadangan kepada Menteri Besar tapi beliau tidak ambil nama-nama yang kami pilih.


“Mereka letak nama-nama yang mereka pilih dan minta kami luluskan. Kami tidak berpuas hati apa yang dibuat oleh Azmin, tidak tahu kenapa beliau bercakap tidak serupa bikin,” ujar Murali.


Proses pelantikan ahli majlis PBT Selangor sebelum ini dilaporkan tertangguh sementara waktu ekoran kerajaan negeri Selangor masih belum memutuskan sama ada akan memperuntukkan kerusi majlis tempatan kepada parti Amanah Negara (PAN).


Selangor mempunyai 288 ahli majlis – 120 kerusi diperuntukkan kepada PKR manakala DAP dan PAS masing-masing mendapat 98 dan 70 kerusi.



Terlalu banyak skandal yang masih belum Azmin jawab sepertimana yang didedahkan oleh Chegu Bard sebelum ini.

-BicaraNews-

No comments:

Post a Comment