ISTERI
diraba warga Nepal. Tindakan drastik, belasah Nepal tersebut hingga berdarah.
Muatnaik gambar Nepal tertiarap tanpa melihatkan wajah yang jelas. Kemudian
sambung berbusking, menghiburkan orang ramai. Kira-kira 4 jam kemudian, baru
buat laporan polis. Dalam masa sama salahkan Perdana Menteri dan Menteri.
Manusia
diberikan akal dan otak untuk berfikir. Haiwan pula walau diberikan otak, ia
tidak berakal. Bezanya manusia dengan haiwan ialah akal. Kerana itulah haiwan
senang seperti lembu senang dicucuk hidung dan hanya mengikut kehendak tuannya
yang memberinya makan rumput setiap hari.
Malangnya
di akhir zaman ini, manusia dikatakan semakin hilang akal. Akal yang
menghasilkan budaya dan ketamadunan seakan-akan gagal digunakan dengan
sempurna. Budaya murni bertukar menjadi budaya mental ‘tak cukup akal’.
Hasilnya, terbitlah kedangkalan manusia itu.
Baru-baru
ini, seorang busker mengamuk di media sosial mendakwa isterinya dicabul Nepal.
Akalnya memilih untuk bertindak sendiri, membelasah Nepal berkenaan hingga
tertiarap. Dimuat naik pula gambar mangsa tanpa menunjukkan wajah jelas yang
dikatakan bersalah pada isterinya itu.
Paling
menjengkelkan, tiba-tiba saja busker itu mengaitkan kejadian itu dengan nama
Menteri dan Perdana Menteri. Menteri dan Perdana Menteri dipersalahkan dalam
insiden tersebut. Dia menggunakan rasional isu bawa masuk pekerja asing
Bangladesh seramai 1.5 juta yang hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini.
Melalui
laman Facebooknya, busker itu juga mengakui selepas membelasah Nepal itu, dia
terus sambung berbusking dan hanya membuat report pada jam lebih kurang 2.00
pagi. Sedangkan kejadian diraba itu berlaku kira-kira jam 9 malam?
Jika
benar busker itu ingin menuntut keadilan, mengapa tidak terus sahaja dia bawa
Nepal itu ke balai polis berdekatan dan selesaikan ketika itu juga? Mengapa
perlu sambung berbusking dan melewat-lewatkan waktu?
Soalnya,
waraskah akal yang menggunakan rasional tersebut untuk menyalahkan Menteri
serta Perdana Menteri atas kejadian tersebut?
Jika
dirujuk pada perbuatan meraba, perbuatan itu dilakukan oleh Nepal berkenaan,
bukan Menteri atau Perdana Menteri yang meraba isterinya. Wajarkah akal
menyalahkan mereka yang tidak membuat perbuatan meraba itu?
Perbuatan
mengimport masuk Nepal itu ke Malaysia adalah perbuatan majikan Nepal berkenaan.
Tapi yang dimaki ialah Menteri dan Perdana Menteri. Majikan yang membawa masuk
bangla yang tidak bermoral itu tidak ‘disentuh’. Waraskah akal itu?
Mungkin
kerana akal busker itu menyimpul dan mengatakan kononnya mengimport masuk
bangla berdasarkan polisi kerajaan yang dibuat oleh kementerian yang diketuai
oleh Menteri dan kerajaan yang diketuai oleh Perdana Menteri.
Itu
kaitannya untuk menghalalkan busker itu memaki hamun dan menyalahkan Menteri
dan Perdana Menteri? Maksudnya, kerana polisi yang dibuat kerajaan, maka setiap
dosa jenayah atau kesalahan itu harus diletakkan di bahu pemerintah?
Sekiranya
itulah logik akalnya, maka sudah tentulah Rasulullah SAW akan dipersalahkan
juga jika berlaku jenayah dan insiden sumbang di zaman pemerintahan baginda di
Madinah dulu. Di zaman Rasulullah, berlaku dosa zina dan sebagainya walaupun
ajaran Islam yang baginda sampaikan menegah keras perbuatan tersebut.
Soalnya,
apakah wajar dan tergamak akal kita untuk menuding jari pada Rasulullah atas
dosa umat Islam yang berlaku di zaman baginda?
Ketika
zaman itu, ekoran Madinah menjadi tumpuan pedagang dan umat seluruh dunia,
pelbagai kaum wujud dan tinggal di kota Islam berkenaan. Ada yang datang dari
Habsyi, Mesir, Iraq dan sebagainya. Polisi Madinah ketika itu adalah terbuka
sempadan politiknya dan sesiapa saja diterima masuk dan dibenarkan bermastautin
di situ.
Namun,
sekiranya berlaku apa-apa kejadian jenayah oleh mana-mana pendatang luar yang
menetap dan bekerja di kota itu, apakah kesalahan itu mewajarkan Rasulullah SAW
dan para sahabat yang membantu baginda dimaki hamun.
Bukan
mahu membela warga asing. Tapi jika difikirkan secara rasional, apabila kita
berada dalam keadaan yang marah kerana isteri diraba, apa tindakan yang akan
kita lakukan? Sambung menyanyi atau membuat laporan polis terlebih dahulu?
Tepuk dada, tanya iman.
-klxpress-
No comments:
Post a Comment