Semalam
adalah hari terakhir operasi selamat Ops 8 2016 sempena sambutan Perayaan Tahun
Baru Cina selepas beroperasi sejak 1 Febuari lalu, sahinga kini belum ada
statistik rasmi yang di catatkan bagi seluruh negara sepanjang operasi selama 2
minggu itu.
Namun
perlaksanaan kali ini ternyata menumpukan penguatkuasaan secara penuh, is
susulan sejarah terburuk dalam Ops Selamat 7 yang mencatatkan 330 kematian,
sejak operasi bersepadu itu dimulakan pada 2001 dengan nama Ops Sikap.
Percaya
atau tidak lebih 80% daripada kemalangan jalan raya di negara ini berpunca
daripada kesilapan manusia, itu fakta yang didedahkan oleh Menteri Pengangkutan
Datuk Seri Liow Tiong Lai, statistik Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia
(MIROS) menunjukkan hanya 19.4% daripada kemalangan berpunca daripada keadaan
jalan raya dan kenderaan.
Malah
sejak 10 tahun lepas penguna motorsikal merupakan mangsa paling banyak dan
melibatkan 39,744 kematian.
Apa
sudah jadi tahun demi tahun kita terpaksa membaca, mendenar atau menonton
berita memngenai kemalangan jalan raya setiap hari, bukan sekadar pada musim
perayaan, walaupun kerajaan dan agensinya melakukan perlbagai inisiatif
berkaitan kempen keselamatan jalan raya, jumlah kemalangan terus juga
meningkat.
Ia
tiada lain sistem KEJARA atau nama penuhnya Sistem Pemberian Mata Demerit
Kesalahan Jalan Raya, perlu di kuat kuasakan serta merta, ia bagi memastikan
penguna jalan raya lebih mematuhi peraturan dan undang-undang lalulintas.
Ketua
Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan sudah tiba masanya sistem yang
di perkenalkan pada 1984 itu dilaksanakan sepenuhnya, ia sebagai pengajaran
kepada penguna jalan raya yang masih degil melanggar peraturan lalulintas.
Selain
saman lesen akan di gantung serta merta dibawah sistem KEJARA, berdasarkan
portal pengangkutan jalan raya (JPJ) dibawah sistem KEJARA mereka yang
mengumpul mata ‘demerit’ atau lebih buat keli kedua akan dikenakan hukuman
penggantungan lesen memandu.
Lesen
memandu akan di batalkan jika pemiliknya masih melakukan kesalahan dan setelah
3 kali lesen pemandu digantung dalam tempoh 5 tahun.
Ini
berbanding dengan sistem KEJARA yang di perkenalkan pada tahun 1984, ia itu
mereka yang mengumpul mata 15 ‘demerit’ akan di gantu ng lesen mamandu,
manakala setelah 3 kali digantung dan sekiranya pemilik masih melakukan
kesalahan dan mengumpul 15 mata ‘demerit’ lagi lesen itu akan di batalkan.
Sebelum
ini Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, ada memaklumkan
gabungan sisten keselamatan sistem KEJARA, sistem penguatkuasaan automatik
(AES) serta kadar denda tinggi boleh menyedarkan penguna agar lebih
berhati-hati di jalan raya.
Bagaimanapun
KEJARA perlu dilaksanakan semula dengan beberapa perubahan yang sesuai dengan
situasi semasa, pada masa yang sama orang ramai diminta untuk terus memberi
lebih banyak maklum balas berhubung sistem KEJARA dalam usaha kerajaan
memperkemaskan lagi sistem itu.
Apa
pun mengenai cadangan untuk menaikkan kompaun maksimum kepada pesalah terafik
ia masih lagi didalam penelitian dan akan di hantar secara rasmi terlebih
dahulu kepada kerajaan untuk di pertimbangkan.
Ini
memandangkan kenaikkan denda kepada pesalah trafik tidak akan mencapai sasaran
mengurangkan kemalangan jalan raya jika tidak disertakan dengan penguatkuasaan
yang ketat serta kempen yang berkesan, sia sia sahaja nanti.
Pastinya
setiap cadangan sesuatu penambahbaikan akan ada pihak yang menyokong dan
menolak, namun didalam hal yang membabitkan nyawa ia sememangnya tiada galang
ganti satu tindakan tegas perlu di ambil, tanpa kompromi tanpa alasan dan tanpa
rasuah.
-BicaraNews-
No comments:
Post a Comment