Lokman Adam

Lokman Adam
Facebook Lokman Noor Bin Adam

Wednesday 17 February 2016

Maritim Indonesia Tahan 7 Kapal Nelayan Negara Ini


16 FEB: Tujuh kapal nelayan yang memasang bendera Malaysia ditahan pihak berkuasa maritim Indonesia kerana menangkap ikan secara haram menggunakan pukat tunda di Selat Melaka.


Jakarta Post, akhbar tempatan berbahasa Inggeris melaporkan kapal-kapal berkenaan ditahan semalam bersama anak kapal warga Indonesia.


Ketua Bahagian Penyeliaan Sumber Maritim Kementerian Hal Ehwal Maritim dan Perikanan, Akhmadon dipetik sebagai berkata kesemua kapal itu milik ahli perniagaan Malaysia namun dikendalikan pekerja migran Indonesia.


Salah seorang kapten kapal berkenaan yang dikenali sebagai Indra, 34, berasal dari Tanjung Balai Asahan, Sumatera Utara berkata beliau bekerja untuk syarikat perikanan dari Perak, Malaysia sejak dua tahun lalu.


 “Tidak banyak syarikat perikanan di Asahan. Maka saya berpindah ke Malaysia.Saya terima pendapatan lumayan di Malaysia,” katanya.



Kerajaan Indonesia dilaporkan telah memusnah dan menenggelamkan beratus bot haram nelayan asing dalam usaha mengekang penangkapan ikan secara haram di perairan negara itu.

-BNBCC-

No comments:

Post a Comment