KUALA
LUMPUR: Presiden Persatuan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana (Ikhlas) Mohd
Ridzuan Abdullah dinasihat tidak mencari publisiti murahan apabila meminta
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan
dalam isu kemasukan pekerja Bangladesh ke negara ini.
Exco
Pemuda UMNO Malaysia, Armand Azha Abu Hanifah berkata kenyataan Mohd Ridzuan
itu dilihat terlalu beremosi selain terikut permainan persepsi oleh pihak yang
mempunyai kepentingan peribadi.
"Dia
bercakap tanpa mengikut fakta. Membuat sidang media dan meminta Ahmad Zahid
meletakkan jawatan satu tindakan bersifat populis.
"Sebelum
ini dia pernah mengeluarkan kenyataan membidas Sultan Johor dalam isu vape dan
mengeluarkan kenyataan populis mahu menyaman Ketua Polis Negara, Kementerian
Kesihatan, KPDNKK dan banyak lagi.
"Ini
semua tidak masuk akal," katanya ketika menghubungi Astro AWANI di sini
hari ini.
Pada
Isnin, Mohd Ridzuan menyaran Ahmad Zahid agar meletak jawatan sebagai Menteri
Dalam Negeri kerana didakwa gagal melaksanakan tugasnya mengawal kemasukan
pekerja asing ke Malaysia.
Tegasnya,
Ahmad Zahid juga diminta tidak menghina para belia dengan mendakwa mereka malas
dan tidak sanggup bekerja dalam sektor 3D 'bahaya, sukar dan kotor (dangerous,
difficult and dirty).
Kata
Mohd Ridzuan lagi, hakikatnya ramai anak muda bekerja dalam sektor 3D di luar
negara seperti di Singapura dan Australia kerana gaji yang diterima lebih
lumayan berbanding di Malaysia.
Dalam
pada itu, menurut Armand Azha, Mohd Ridzuan juga sebenarnya tidak faham tentang
proses kelulusan pekerja Bangladesh itu sendiri.
"Syarat-syarat
yang ditetapkan harus diambil kira kerana jelas jika semua faham dan terang isu
selain cakap-cakap tanpa fakta yang digemburkan.
"Jika
kita nilaikan secara matang, kebanyakan permohonan bagi sektor 3D boleh
dikatakan kurang mendapat sambutan daripada warga kerja rakyat Malaysia,
khususnya generasi muda sendiri," katanya.
Katanya
lagi, apa yang diperkatakan adalah berdasarkan fakta dan bukan berasaskan emosi
semata-mata.
"Boleh
dikatakan peratusan orang muda dalam sektor 3D tidak ramai, dan oleh kerana itu
syarikat perlu memohon kemasukan warga kerja luar untuk menampung kekosongan.
"Jadi
saya mencadangkan Mohd Ridzuan agar mendapatkan penjelasan daripada pihak
kementerian berkenaan terlebih dahulu sebelum membidas Ahmad Zahid.
"Saya
juga menasihatkannya supaya mengurangkan membuat kenyataan akhbar untuk nampak
populis tanpa memahami isu yang diperkatakan," jelasnya.
Sebelum
ini, Ahmad Zahid menegaskan jumlah kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh ke
negara ini bukannya dilakukan secara serentak, sebaliknya dibuat berperingkat
merangkumi tempoh tiga hingga lima tahun.
Tegasnya,
tiada angka mutlak bagi jumlah kemasukan pekerja Bangladesh kerana pengambilan
akan bergantung kepada keperluan sebenar pihak majikan di negara ini selain
kelayakan serta kemampuan setiap majikan untuk mematuhi peraturan yang
ditetapkan kerajaan.
-Awani-
No comments:
Post a Comment