Kuala Lumpur, 15 Feb - Lebih 80
ribu penduduk Ukrine terjejas apabila serangan cyber keatas grid tenaga di
wilayah barat negara itu menyebabkan hampir 103 bandar kehilangan kuasa dan
bekalan elektrik selama 6 jam, ianya berlaku pada 23 Disember lepas.
Di
Malaysia laman web rasmi Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) telah di godam
oleh penjenayah cyber pada 26 Januari tahun lepas yang menyebabkan ganguan
kepada pelanggan MAS yang mahu berurusan dengan syarikat itu.
Malah
kumpulan yang di kenali sebagai ‘anonymous’ Malaysia pernah mengancam untuk
mengodam laman web kerajaan Malaysia pada Ogos tahun lalu.
Itu
hanya sebahagian contoh serangan cyber keatas kepentingan negara, melihatkan
ancaman cyber sebagai ancaman tahap paling tinggi Malaysia mengubal dasar
keselamatan cyber kebangsaan bagi melindungi infrastruktor maklumat kritikal
negara.
Dasar
tersebut adalah untuk menjaga maklumat rahsia dan infrastruktor komunikasi
negara merangkumi sistem rangkaian maklumat beberapa sektor kritikal, seperti
pertahanan dan keselamatan negara, perbankkan dan kewangan, maklumat dan
kumunikasi, tenaga, pengangkutan, air, kesihatan, perkhidmatan kecemasan dan
juga makanan.
Ledakkan
teknologi maklumat dan komunikasi ICT dan revolusi rangkaian internet
menyaksikan kebergantungan manusia kepada teknologi, masalah mula timbul bila
gulungan pengguna mengejar kepantasan teknologi namun tidak setara dengan
kesedaran untuk melindunginya dari diceroboh penjenayah cyber.
Risikonya
kini bukan setakat membabitkan komputer malah merangkumi gajet seperti telefon
pintar, berdasarkan statistik pusat bantuan tindak balas kecemasan komputer
atau MyCert agensi Cyber Sekuriti Malaysia, sebanyak 934 insiden keselamatan
cyber dilaporkan pada januari tahun ini, meningkat kepada 88.6% berbanding 495
kes bagi bulan sebelumnya.
Penipuan
internet dan pencerobohan sistem maklumat merupakan insiden paling tinggi
dilaporkan selain ancaman virus serta peras ugut dan pencurian aidentiti,
keseluruhannya purata 10 ribu kes jenayah cyber di catatkan oleh Cyber Sekuriti
Malaysia setiap tahun, 10,636 kes di catatkan pada 2013, 11,918 kes pada 2014
dan tahun lepas mencatat 9,915 kes.
Menurut
laporan Ancaman Keselamatan Sophos 2013, serangan cyber menyebabkan Malaysia
kerugian kira-kira 1 billion Ringgit sekaligus meletakkan negara pada tangga ke
6 Mudah Diserang Jenayah Cyber.
Malaysia
menghadapi ancaman keselamatan dari organisasi jenayah antarabangsa yang menyalah
gunakan internet untuk pelbagai aktiviti haram rentas sempadan seperti
pengedaran dadah, penyeludupan manusia, penipuan kewangan dan pengubahan wang
haram dan yang terkini adalah aktiviti mengrekrut penguna internet untuk
menyertai kumpulan militan atau melakukan keganasan.
Sesungguhnya
keselamatan cyber tidak akan berjaya tanpa ujudnya kesedaran dalam kalangan
penguna internet itu sendiri, mereka perlu mempunyai pengetahuan asas mengenai
keselamatan cyber untuk memeriksa sama ada aplikasi atau laman web yang mereka
kunjungi itu selamat dan tulin.
Latihlah
diri untuk berfikir sebelum ‘klik’ sebarang pautan yang meragukan, sebagai
penguna anda juga perlu menghadkan proses memuat naik maklumat peribadi di
internet.
Gunakan
perisian komprehensif keselamatan internet yang berupadaya memberi perlindungan
maksimum dan sentiasa dikemas kini, ingatlah bahawa ancaman serangan cyber
boleh melumpuhkan sesebuah negara, elakkan diri dari menjadi mangsa jenayah
cyber.
- Bicara News -
No comments:
Post a Comment