Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera,
Sebelum
melangkah menaiki pesawat untuk ke Sandakan bagi memenuhi undangan ceramah,
saya sempat mengikuti perbualan dalam satu kumpulan whatapp penyokong BN. Kumpulan ini sungguhpun dinamakan kumpulan
Penyokong BN, namun tidak semuanya menyokong Pengerusi Barisan Nasional itu
sendiri, apatah lagi ada diantara mereka merupakan pentaksub Pengerusi BN lama
yang pernah berkuasa selama 22 tahun.
Beberapa
hari sekali, ada sahaja pertikaian yang akan dibangkitkan bagi menimbulkan
keraguan terhadap Pengerusi BN baru yang kini cuba dibenamkan oleh Pengerusi BN
lama yang menjadi idola individu tersebut.
Hari ini, cerita basi RM 2.6 Billion menjadi topik perbincangan walaupun
ianya sudah dijawab oleh Dato Sri Azalina Said dan Dato Sri Zahid Hamidi di
Parlimen.
Salah
satu isu yang menyumbang kepada pemecatan saya dari Parti Keadilan Nasional
(KeADILan) pada tahun 2004 mempunyai kaitan yang cukup rapat dengan dana
politik KeADILan. Selain daripada
penyelewengan sumbangan yang diterima oleh pimpinan KeADILan, saya juga telah
mendedahkan dua perkara besar pada tahun 2004 dan ianya masih lagi ada dalam youtube
sehingga kini. Pendedahan pertama saya
ialah, sumbangan yang KeADILan terima daripada Dato So Che Wen untuk
pilihanraya umum tahun 1999. Cek atas
nama Wan Azizah bernilai 5 juta ringgit itu langsung tidak dimasukkan ke dalam
akaun KeADILan. Sehingga kini kita tidak
pernah mendengar YB Rafizi Ramli mempersoalkan tentang dana ini, malah beliau
merupakan salah seorang ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (lantikan) yang
memutuskan agar saya dipecat dari KeADILan.
Pendedahan
kedua saya adalah berhubung pertemuan Wan Azizah, Azmin Ali dan Khalid Jaafar
dengan George Soros di Washinton DC penghujung tahun 2003 bagi mendapatkan dana
pilihanraya tahun 2004 untuk KeADILan. Pertemuan ini diatur oleh Tian Chua dan wakil Tian ketika itu ialah
Elizabeth Wong dari SUARAM (Kini Exco Kerajaan Negeri Selangor) turut
hadir. Itu sebab saya tidak hairan bila
Tian sekali lagi mengkhianati rakyat negara ini dengan mengatur perjumpaan
Puteri Jacel Kiram dengan Nurul Izzah.
Saya selaku Ahli MPT KeADILan dan teman-teman MPT yang lain langsung
tidak dimaklum akan keputusan Presiden untuk meminta dana dari bangsa Yahudi
yang telah menyerang matawang kita pada tahun 1997 itu. Sebelum saya dipecat, Azmin dalam satu
mesyuarat jentera pilihanraya mengesahkan bahawa duit sebanyak RM 3 juta
pertama telah diterima dan digunakan untuk menempah t-shirt, bendera dan topi
KeADILan di China. Ketua Pemuda
KeADILan, Sdr Ezam ketika itu mengesahkan dana tersebut diperolehi dari Soros.
Apa
yang cuba saya sampaikan ialah, tiada undang-undang dalam negara ini yang boleh
menghalang mana-mana individu atau parti politik untuk menerima dana politik
atau sumbangan dari dalam atau luar negara selagi ianya dibawa masuk mengikut
sumber yang sah. Tidak perlulah saya
cerita panjang lebar bagaimana dana KeADILan dibawa masuk melalui pelbagai cara
termasuk melalui proses penyeludupan.
Apa yang ingin saya kupas hari ini ialah Najib mempunyai 3 pilihan untuk
mendapatkan dana politik, dan beliau
telah membuat keputusan yang paling baik bagi memastikan negara ini terus
berdaulat dan beliau tidak terhutang budi kepada mana-mana tokoh koprat.
1) Pilihan pertama yang Najib ada,
dia boleh ikut jejak langkah Anwar dan PKR untuk mendapatkan dana dari Soros,
Amerika, Conrade Adeneur (Yayasan Kristian dari German), NDI, NED dan lain-lain
sumber seperti sumber dari Singapura dan Taiwan yang menaja DAP. Namun jika kita menang pilihanraya umum ke 13
dengan menggunakan dana asing ini, bolehkah kita memerintah mengikut acuan kita
sendiri? Sudah pasti tidak! Kita mungkin akan jadi seperti Filipina yang
sudah terlalu banyak terhutang budi dengan Amerika sehingga terpaksa
mengizinkan Amerika membuka pengkalan tenteranya di Filipina. Bila, Amerika arahkan mereka menyerang Iraq
pula, kita lihat Filipina terpaksa menghantar angkatan tenteranya ke Iraq. Saya yakin kita semua tidak mahu Malaysia
jadi lembu cucuk hidung pada Amerika dan Yahudi.
2) Pilihan kedua, Najib
juga boleh pilih cara yang digunakan oleh Tun Mahathir. Kebanyakan belanja
pilihanraya BN zaman beliau ditaja oleh tokoh-tokoh koprat seperti Tan Sri Syed
Mokhtar Al Bukhari, Tan Sri Ananda Krishnan, Tan Sri Arumugam, Tan Sri Yeoh
Tiong Lai, Tan Sri Vincent Tan dan ramai lagi.
Namun jika Najib memilih pilihan kedua ini dan menerima dana dari tokoh koprat, bolehkah Najib menolak 'proposal' atau permohonan projek oleh mereka selepas BN memenangi pilihanraya? Sudah pasti tidak, kerana beliau juga akan terasa terhutang budi dengan tokoh-tokoh koprat tersebut. Ini akan mengakibatkan banyak perkara akan tergadai, sepertimana tanah tapak KLCC yang dijual dengan harga yang murah oleh Tun Mahathir kepada Ananda Krishnan dan kemudiannya dijual dengan harga yang mahal oleh Ananda kepada Petronas.
Namun jika Najib memilih pilihan kedua ini dan menerima dana dari tokoh koprat, bolehkah Najib menolak 'proposal' atau permohonan projek oleh mereka selepas BN memenangi pilihanraya? Sudah pasti tidak, kerana beliau juga akan terasa terhutang budi dengan tokoh-tokoh koprat tersebut. Ini akan mengakibatkan banyak perkara akan tergadai, sepertimana tanah tapak KLCC yang dijual dengan harga yang murah oleh Tun Mahathir kepada Ananda Krishnan dan kemudiannya dijual dengan harga yang mahal oleh Ananda kepada Petronas.
Sungguhpun
Najib dikecam hebat berhubung isu 1MDB terutamanya berhubung kerjasama 1MDB
dengan Petro Saudi dalam usahasama eksplorasi minyak di Tajikistan dan
Argentina. Ramai mungkin tidak sedar
hikmah disebalik usahasama ini telah menyelamatkan negara dari mengikut telunjuk
asing dan tokoh koprat. Kerana usahasama
1MDB dengan syarikat milik Putera Turki inilah, iaitu anak Ketujuh Raja Saudi
yang juga merupakan Gabenor Ryiad ketika itu, hubungan Najib dan teman-teman di
Timur Tengah begitu baik sehingga mereka menawarkan dana politik bagi membantu
Najib mengekalkan Barisan Nasional sebagai pemerintah di Malaysia.
Tidak
dapat dinafikan, setiap bantuan yang dihulurkan sudah pasti ada syarat dan
harapan pihak yang menaja kita.
3) Namun dikalangan 3 pilihan yang Najib ada, pilihan ketiga inilah yang paling baik dan selamat.
a) Syarat pertama Pak Arab ini adalah supaya Malaysia mengekang aktiviti militan dan pengganas terutamanya IS. Saya masih ingat, ketika saya mula ditahan di bawah ISA di Kem Tahanan Kamunting tahun 2001-2003. Saya telah ditempatkan di blok bersebelahan kumpulan Al Maaunah, iaitu kumpulan yang telah merompak senjata di Kem Tentera Grik dan lari ke Bukit Jenalik. Kemudiannya saya dipindahkan ke blok bersebelahan dengan Kumpulan Militan Malaysia, iaitu kumpulan yang turut dianggotai oleh Nik Adli, anak Allahyarham Tn Guru Nik Aziz. Selepas itu kumpulan Jemaah Islamiah dan Daulah Islam pula ditahan di bawah ISA. Ini bererti, kerja memerangi militan sudah lama kita lakukan dan tiada masalah untuk Najib menerima syarat untuk mengekang Militan dan IS.
3) Namun dikalangan 3 pilihan yang Najib ada, pilihan ketiga inilah yang paling baik dan selamat.
a) Syarat pertama Pak Arab ini adalah supaya Malaysia mengekang aktiviti militan dan pengganas terutamanya IS. Saya masih ingat, ketika saya mula ditahan di bawah ISA di Kem Tahanan Kamunting tahun 2001-2003. Saya telah ditempatkan di blok bersebelahan kumpulan Al Maaunah, iaitu kumpulan yang telah merompak senjata di Kem Tentera Grik dan lari ke Bukit Jenalik. Kemudiannya saya dipindahkan ke blok bersebelahan dengan Kumpulan Militan Malaysia, iaitu kumpulan yang turut dianggotai oleh Nik Adli, anak Allahyarham Tn Guru Nik Aziz. Selepas itu kumpulan Jemaah Islamiah dan Daulah Islam pula ditahan di bawah ISA. Ini bererti, kerja memerangi militan sudah lama kita lakukan dan tiada masalah untuk Najib menerima syarat untuk mengekang Militan dan IS.
b) Syarat Kedua Pak Arab ini adalah supaya Umat Islam Malaysia terus kekal sebagai Ahlus Sunnah Wal Jamaah dan mengekang Syiah. Saya yakin hampir semua umat Islam Negara ini memang mazhab Shafie dan bukan Syiah. Sungguhpun begitu, usaha mengekang Syiah tidak pernah kita tinggalkan dan sekaligus tiada masalah untuk Najib menerima syarat kedua ini.
c) Syarat Ketiga Pak Arab ini adalah
supaya kita memerangi pihak-pihak yang dibiayai oleh Amerika dan Yahudi untuk
menjatuhkan kerajaan Islam. Sepertimana
yang kita sedia maklum, sejak 2009-2011, Arab Spring yang dibiayai oleh Amerika
dan Yahudi telah berjaya menjatuhkan satu demi satu pemerintah Islam seperti
Muammar Ghadafi di Lybia dan Hosni Mubarak di Mesir. Ini sedikit sebanyak menimbulkan kebimbangan
oleh Pak Arab ini. Oleh yang
demikian, sebahagian dari hasil
petroleum mereka disumbangkan kepada negara-negara seperti Malaysia bagi
memastikan pemerintahan Islam di Negara ini tidak menerima nasib yang sama
seperti pemimpin Mesir, Lybia dan Tunisia. Bukankah, kerja menentang proksi Amerika dan Yahudi seperti Anwar, PKR,
DAP dan Bersih sudah lama kita lakukan?
Maka tidaklah jadi masalah untuk Najib bersetuju dengan syarat ketiga
Pak Arab tersebut.
Saya
yakin kalau anda diberi pilihan sama ada mahu mengambil duit Yahudi/Amerika,
Tokoh Korporat dan Pak Arab tadi, sudah pasti anda akan mengambil pilihan ketiga. Lainlah kalau anda ada cara lain untuk
mendapat dana sebanyak itu tanpa melanggar sebarang undang-undang dan etika serta
tidak meletakkan pemimpin kita dalam keadaan terhutang budi kepada
sesiapapun. Apa yang penting sepertimana
yang Dato Sri Najib jelaskan sebelum ini, duit ini Bukan Duit 1MDB dan beliau
tidak menggunakan duit ini untuk tujuan peribadi. Jika ianya rasuah atau ingin beliau gunakan
untuk tujuan peribadi, tidak perlu beliau bawa masuk duit ini ke Malaysia
dengan kebenaran Bank Negara, bukankah
lebih baik ianya disimpan di Swiss Bank bagi memastikan kerahsiaannya. Duit ini juga jelas bukan duit rasuah, kerana
pihak SPRM sudahpun mengesahkan bahawa duit tersebut sumbangan Pak Arab dari
Timur Tengah dan SPRM sudahpun menemui pihak penyumbang.
- Lokman Adam -
- Lokman Adam -
No comments:
Post a Comment