16 FEB:
Berita kematian seorang pakar bom warga Malaysia yang menyertai kumpulan
militan Daesh disahkan dengan pendedahan sebuah video oleh rakan kumpulan
tersebut.
Video
itu merakamkan detik akhir Mohd Najib Hussein yang menjadi pakar membuat bom di
selatan Filipina.
Video
tersebut yang berdurasi tujuh minit dan 40 saat mengesahkan laporan bahawa
seorang pemilik kedai buku warga Malaysia terbunuh pada 16 Disember lalu.
mohd
najib pakar bomDia dilaporkan terbunuh bersama 13 anggota Abu Sayyaf dalam
pertempuran dengan tentera Filipina di Kepulauan Basilan.
Graduan
kejuruteraan elektrik berusia 37 tahun itu yang menguruskan sebuah kedai buku
di Universiti Malaya lebih dikenali sebagai Abu Anas al Muhajir.
Di
selatan Filipina, dia dikenal pasti sebagai salah seorang pemimpin utama dalam
sayap Bendera Hitam yang ada kaitan dengan kumpulan Abu Sayyaf.
Video
tersebut yang didedahkan saluran media Daesh dalam bahasa Rusia, Al Furat
Media, cuba menggambarkan dia sebagai mati syahid.
Upacara
tersebut dimulakan dengan kumpulan militan Asia Tenggara membawa bendera Daesh
masuk ke dalam kawasan hutan dan membaca sumpah kesetiaan kepada kumpulan
pengganas tersebut.
Mohd
Najib Husen
Mohd
Najib Husen
Malah,
jurucakap video tersebut menggunakan istilah ‘belia Indonesia’ yang difahamkan
merujuk kepada Mohd Najib.
Jurucakap
itu turut menerangkan bahawa Mohd Najib pergi ke Filipina dan menubuhkan sebuah
kumpulan militan yang mengangkat sumpah kesetiaan kepada Daesh.
Dalam
salah satu babak, Mohd Najib yang mengalami kecederaan dipapah rakannya.
Kamera
tersebut memfokuskan ke wajahnya dan seorang lelaki lain dilihat menyentuh
mukanya dengan tangan yang berlumuran darah.
Menurut
sumber perisikan, Mohd Najib, bapa kepada lima orang anak meninggal dunia
beberapa jam kemudian selepas terkena tembakan.
Mohd
Najib merupakan pemimpin utama dalam sayap Bendera Hitam Daesh yang dipimpin
seorang profesor dari universiti di Malaysia, Dr Mahmud Ahmad atau Abu
Handzalah yang bersembunyi dengan Abu Sayyaf di selatan Filipina.
Menurut
tentera, pertempuran tersebut melibatkan 150 anggota Abu Sayyaf tetapi angka
sebenar kematian tidak dapat disahkan.
-BNBCC-
No comments:
Post a Comment