KUALA LUMPUR 14 Feb. –Umat Islam
di negara ini perlu sedar dan memahami soal halal dalam erti kata sebenar agar
tidak keliru dengan papan tanda no pork (tiada babi) atau pork free (bebas
babi) ketika memilih tempat makan.
Asyraf Wajdi Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan
Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, masyarakat tidak boleh
memandang ringan tentang perkara itu kerana terma itu mempunyai perspektif yang
jauh berbeza.
“Istilah halal adalah apabila
mematuhi hukum syarak dan papan tanda no pork atau pork free tidak bermakna
kedai itu halal tetapi hanya bermaksud bebas daripada daging babi.
“Sebab itu logo halal hanya
dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan logo berkenaan
akan dikeluarkan selepas menjalankan pelbagai kaji selidik,” katanya dalam
sidang akhbar sempena Seminar Kebudayaan dan Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina
Peringkat Kebangsaan, di sini hari ini.
Yang turut hadir Presiden
Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma), Prof. Dr. Taufiq Yap Yun Hin dan Naib
Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), Datuk Dr. Mustapha
Ma.
Seminar yang dihadiri kira-kira
500 orang itu turut menyaksikan pelbagai acara menarik termasuk Forum
Kebudayaan Cina dan Islam, pemeriksaan kesihatan, persembahan nasyid Cina,
demonstrasi pembuatan mi tarik dan pengagihan ang pau.
Tambah Asyraf Wajdi, pengguna
perlu memastikan kedai atau restoran yang dikunjungi mempunyai logo halal dan
tidak mudah terpedaya dengan taktik pemilik premis menggunakan papan tanda no
pork atau pork free bagi menarik perhatian pelanggan beragama Islam.
Sumber : Berita Harian
No comments:
Post a Comment