KUALA
LUMPUR – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin bahawa Malaysia berupaya
menjadi hab halal terkemuka dunia merangkumi pelbagai bidang dan tidak hanya
tertumpu kepada industri pemakanan.
Justeru,
Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri menggesa pembabitan semua pihak
berkenaan dalam menjayakan hasrat itu.
"Kita
akui Malaysia bagus dalam bidang penciptaan tapi kurang membuat langkah
susulan.
"Sebagai
contoh, industri halal Malaysia berjaya menarik jumlah pelaburan bernilai
RM10.6 bilion tahun lalu," katanya.
Beliau
bercakap demikian ketika merasmikan Forum Kosmetik dan Perapian Diri Halal:
Gaya Terkini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini, sebentar tadi.
Turut
hadir, bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
-klxpress-
No comments:
Post a Comment