Lokman Adam

Lokman Adam
Facebook Lokman Noor Bin Adam

Thursday 18 February 2016

Tanah Di Kawasan Perlombongan Bauksit Boleh Dipulihkan - Wan Junaidi

KUALA LUMPUR: Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata tanah di sekitar kawasan perlombongan bauksit boleh dipulihkan untuk aktiviti penanaman pada masa depan.


Bagaimanapun, rawatan tanah berkenaan boleh menjangkau sehingga tempoh 50 tahun sebelum ia dapat dipulihkan seperti sediakala, katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar Malaysia-Korea 'Healthy River Basin' di sini pada Rabu.


Menjelaskan lanjut mengenai kaedah pemulihan berkenaan, Ketua Pengarah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia Datuk Seri Abd Rahman Abd Rahim berkata kawasan perlombongan bauksit yang menjalani rawatan perlu ditanam dengan tanaman menjalar seperti kekacang untuk tempoh yang lama.


"Ini kerana tanaman menjalar boleh membantu meningkatkan kualiti tanah dan ia telah terbukti di Malaysia.


"Contohnya, ibu pejabat Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) di Kepong, telah menjalani rawatan yang sama kerana tanahnya merupakan kawasan bekas lombong sebelum ia dipulihkan semula sebagai kawasan hijau," katanya.


"Berkemungkinan ia akan ambil masa hingga 50 tahun sebelum semua kembali normal, tetapi untuk memulihkan tanah yang usang semangnya boleh," katanya.


Semalam, Bernama melaporkan seorang Profesor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkata Ladang kelapa sawit di Felda Bukit Goh, Bukit Kuantan, Bukit Sago dan Bukit Nerang di Pahang berdepan masa suram berikutan perlombongan bauksit di kawasan berkenaan.


Dr Maketab Mohamed berkata perlombongan bauksit di kawasan itu menghasilkan kromium yang beracun dan boleh merosakkan tanaman kelapa sawit di kawasan Felda terbabit.



No comments:

Post a Comment