Lokman Adam

Lokman Adam
Facebook Lokman Noor Bin Adam

Wednesday 17 February 2016

Exco Kedah Angkat Sumpah Isnin Ini



ALOR SETAR - Susulan jemputan media untuk menghadiri majlis angkat sumpah Exco Kerajaan Kedah oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri diedarkan kepada media, malam tadi, tanda tanya mengenai senarai ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Negeri Kedah yang berkemungkinan besar dirombak berikutan pelantikan Menteri Besar baharu bakal terjawab Isnin ini.


Berdasarkan jemputaan berkenaan, majlis dijadual diadakan di balai penghadapan Istana Anak Bukit, Alor Setar Isnin ini, pada jam 10 pagi.


Kesemua barisan Exco akan mengangkat sumpah di hadapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah.



Bagaimanapun, jemputan itu tidak memaklumkan secara khusus mengenai sama ada akan berlaku perubahan atau rombakan dalam senarai barisan Exco.


Terdahulu, pelbagai spekulasi tersebar kemungkinan berlaku perubahan pada barisan senarai Exco kerajaan negeri berikutan pelantikan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanifah sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu awal bulan ini.



Exco Kerajaan Negeri Kedah ketika ini, antaranya termasuklah Datuk Aminuddin Omar, Datuk Suraya Yaacob, Datuk Tajul Urus Mat Zain, Datuk Norsabrina Mohd Noor dan Datuk Mohd Tajuddin Abdullah.

-klxpress-

No comments:

Post a Comment