KUANTAN
- Seorang penjawat awam maut, manakala anak perempuannya cedera parah selepas
motosikal yang dinaiki dirempuh sebuah kereta di Kilometer 14, Jalan
Kuantan-Gambang pagi tadi.
Ketua
Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata Nordin Isa, 54, yang
bertugas sebagai pemandu di Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) maut manakala
anaknya, Nurul Nadirah, 27, yang bertugas sebagai jururawat sebuah klinik di
sini, cedera parah.
"Kemalangan
berlaku pada pukul 7.45 pagi tadi ketika mangsa bersama anak perempuannya
menghala ke arah bandar Kuantan, dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerja
masing-masing.
"Bagaimanapun,
sebaik tiba di tempat kejadian sebuah kereta Perodua Viva yang hendak keluar
dari simpang untuk menghala ke Gambang, telah merempuh dua beranak itu,"
katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Akibat
rempuhan itu, Abdul Aziz berkata Nordin mengalami cedera parah dan meninggal
dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, manakala anaknya
dirawat di hospital sama, katanya.
Abdul
Aziz berkata pemandu Perodua Viva, seorang lelaki berusia 30-an tidak mengalami
sebarang kecederaan.
Katanya
kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-klxpress-
No comments:
Post a Comment