Presiden
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Azih
Muda berkata, penambahbaikan itu adalah selepas perlaksanaan 252 skim
perkhidmatan sektor awam pada tarikh tersebut.
Oleh
yang demikian beliau berkata, mereka tidak perlu risau dengan desas-desus
kononnya elaun wilayah tersebut akan dimansuhkan.
"Kita
nak elaun ini ditambahbaik sesuai dengan kompleksiti tanggungan semasa atau
liabiliti yang ditanggung oleh penjawat awam yang berkhidmat di merata tempat
seluruh negara sama ada di bandar, luar bandar atau pedalaman," katanya
kepada Bernama.
Beliau
ditemui selepas menyampaikan bicara umum bertajuk "Isu-isu Dalam
Perkhidmatan Awam" pada seminar Perkhidmatan Awam yang dihadiri lebih 300
penjawat awam dari bahagian Sarikei dan Sibu di sini hari ini.
Menyentuh
isu cukai barangan dan perkhidmatan (GST), beliau berharap kerajaan mengkaji
semula kadar cukai itu sekiranya perolehan negara meningkat selepas pelaksanaan
Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) nanti.
Azih
berkata, kajian semula itu penting untuk memastikan kadar GST tidak membebankan
rakyat termasuk penjawat awam yang kini merasai kesan kenaikan harga barangan.
Katanya,
Cuepacs melihat perolehan kerajaan daripada pelaksanaan GST mampu menggantikan
kehilangan perolehan kerajaan dari industri petroleum dan cukai Jualan dan
Perkhidmatan (SST) yang telah dihapuskan.
"Dengan
adanya GST ini kerajaan dapat meneruskan gaji, insentif dan kemudahan-kemudahan
lain dinikmati penjawat awam selama ini," katanya.
-Bernama-
No comments:
Post a Comment