17
FEB: Mayat empat remaja lelaki yang dilaporkan hilang sejak Rabu lalu ketika
dalam perjalanan ke Terengganu, ditemui dalam sebuah kereta berhampiran ladang
kelapa sawit di Kilometer 42, Jalan Kota Tinggi-Mersing.
Kereta
Honda Accord itu ditemui dalam sungai oleh pekerja ladang berkenaan pada jam
9.20 pagi tadi sebelum menghubungi polis.
Ketua
Polis Daerah Mersing, Deputi Superintendan M Kumar ketika ditemui di lokasi
kejadian, berkata empat mayat dalam kereta itu dibawa ke Hospital Mersing.
“Kita
masih menjalankan siasatan dan akan mendapatkan keterangan daripada pihak
keluarga remaja berkenaan selepas membuat pengecaman.
“Berdasarkan
siasatan awal, polis percaya kereta itu terbabas sebelum terjunam ke dalam
sungai,” katanya.
Empat
remaja itu dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan dari rumah mereka di
Bandar Seri Alam, di sini, ke Terengganu untuk bercuti.
Semua
mereka yang berusia 21 tahun itu dikenali sebagai Luqman Jainie, Abu Izzani Abu
Bakar, Nik Shakir Zufayri dan Muhammad Asyraf Isa.
Siasatan
polis mendapati mereka bertolak dari Seri Alam, di sini, kira-kira jam 9.30
malam Rabu lalu dengan menaiki kereta Honda Accord menuju ke Terengganu.
Mereka
dipercayai melalui jalan Johor Bahru-Kota Tinggi-Mersing-Rompin untuk bercuti
ke lokasi yang masih belum diketahui secara tepat.
Namun,
selepas dua jam bertolak kira-kira jam 11.30 malam, mereka gagal dihubungi
melalui talian telefon bimbit.
-BNBCC-
No comments:
Post a Comment