17
FEB: Affin Islamic, Bank Islam, Bank Muamalat, Maybank Islamic, Bank Rakyat dan
Bank Simpanan Nasional adalah enam institusi kewangan Islam yang melancarkan
platform teknologi kewangan pengantara bank dikenali Platform Akaun Pelaburan
(IAP).
IAP
adalah inisiatif strategik industri kewangan Islam untuk mengendalikan akaun
pelaburan, produk baharu yang ditawarkan oleh institusi perbankan Islam.
Platform
itu dibangunkan oleh Raeed Holdings Sdn Bhd.
6
bank islam lancar aipPlatform berkenaan yang sama dengan platform teknologi
kewangan seperti pendanaan masyarakat (crowd funding) dan platform pembiayaan,
ia membantu pelaburan langsung oleh pelabur ke dalam usaha sama yang dipilih
mereka.
Bagaimanapun,
faktor perbezaan utama IAP adalah peranan yang dilaksanakan institusi perbankan
Islam.
Pengerusi
Raeed Holdings, Datuk Zamani Abdul Ghani, berkata untuk pelabur, IAP menawarkan
pelaburan baharu dengan pulangan yang menarik.
Beliau
berkata, platform itu bertindak sebagai mekanisme berkesan untuk menyokong
pelabur memahami risiko yang bakal dihadapi sebelum melakukan pelaburan.
Pelancaran
rasmi platform itu disempurnakan Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti
Akhtar Aziz di Kuala Lumpur.
-BNBCC-
No comments:
Post a Comment