Lokman Adam

Lokman Adam
Facebook Lokman Noor Bin Adam

Monday 15 February 2016

Kempipinan Adenan Terus Disokong - Puad Zakarshi



JULAU: Datuk Puad Zakarshi menyeru kepada penduduk di Julau supaya memberi peluang lima tahun lagi kepada Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Haji Adenan Satem untuk terus mentadbir Sarawak.

"Ini kerana Barisan Nasional di bawah pimpinan Ketua Menteri Sarawak baru ini dapat memastikan nasib rakyat terus dibela”, katanya.


Puad yang juga Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Malaysia menyatakan kerajaan Sarawak stabil dan sentiasa memastikan yang terbaik buat rakyat Sarawak dan disokong oleh barisan pemimpin negeri seperti Tan Sri William Mawan.


Beliau juga menyatakan bahawa kerajaan sentiasa memenuhi kehendak dan keperluan rakyat.


Ini dapat dilihat dengan adanya pelbagai bantuan dan keperluan yang disalurkan dari pelbagai jabatan dan agensi kerajaan seperti JASA.


Beliau berucap pada Program Penyerahan Bahan-bahan Binaan kepada penduduk di Rh Panjang Mending, RH Panjang Gerasi, RH Panjang Entili, RH Panjang Bajau dan RH Panjang Tinting.


"Sarawak merupakan satu contoh yang baik kerana negerinya yang aman damai, hormat menghormati antara satu sama lain walaupun pelbagai kaum, agama dan bangsa," ujarnya lagi.



Turut sama hadir ialah Tan Sri William Mawan Ak Ikom Menteri Pembangunan Sosial Negeri Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.41 Pakan.

-klxpress-

No comments:

Post a Comment