Kuala
Lumpur - Kejayaan Malaysia memainkan peranan sebagai peneraju Sidang Kemuncak
ASEAN-Amerika Syarikat (AS) Ketiga pada November tahun lalu mendapat
pengiktirafan kuasa besar dunia.
Ini
kerana sidang tersebut membawa kepada persidangan besar yang sedang berlangsung
selama dua hari di Sunnylands, California, AS bermula hari ini.
Menteri
di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata kejayaan itu
terhasil di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak
sebagai Pengerusi ASEAN 2015.
"Hasil
komitmen kepimpinan negara telah meyakinkan Presiden AS, Barack Obama untuk
menjemput kesemua 10 pemimpin negara ASEAN mengadakan Sidang Kemuncak AS-ASEAN
2016 itu.
"Tahniah
kepada semua pihak yang telah bersama-sama kerajaan dalam usaha untuk
memastikan Malaysia terus disegani di seluruh dunia," katanya..
Azalina
berkata Perdana Menteri juga telah berjaya melonjakkan inisiatif perkongsian
strategik ASEAN-AS dalam mengukuhkan pertumbuhan ekonomi ASEAN terutama
menerusi inovasi dan keusahawanan yang menjadi fokus utama selain isu
keselamatan serantau.
-BeritaRTM-
No comments:
Post a Comment