Lokman Adam

Lokman Adam
Facebook Lokman Noor Bin Adam

Wednesday 17 February 2016

Gesa semua hentikan spekulasi tunggu laporan rasmi PAC - Hasan Ariffin


16 FEB : Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Hasan Arifin mengesahkan bahawa bekas Pengerusi 1 Malaysia Development Berhad (1MDB), Tan Sri Mohd Bakke Salleh tidak pernah menyatakan bahawa dana syarikat pelaburan kerajaan itu telah dipindahkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.


Menurut Hasan kenyataan itu adalah satu fakta dan ianya adalah konsisten dengan pengesahan berulang kali kepada umum oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Peguam Negara.


Sebagai Pengerusi PAC, saya mengambil maklum dan kesal dengan maklumat yang salah disiarkan media dan laman sosial, yang telah membuat dakwaan palsu berhubung dengan apa yang dikatakan ketika sesi pendengaran Mohd Bakke Salleh, pada 11 Februari 2016 di hadapan PAC,” kata Hassan melalui satu kenyataan pada Selasa.


PAC katanya adalah jawatankuasa Parlimen yang bi-partisan, terdiri daripada ahli-ahli Parlimen yang berpengalaman dari pihak kerajaan dan pembangkang.


“PAC sedang menyiasat perkara 1MDB secara profesional dan telus, berdasarkan bukti berdokumen, temu bual saksi dan hasil daripada pengauditan oleh Jabatan Audit Negara.


“Kesimpulan daripada PAC akan menjadi satu rekod awam. Oleh itu, kami menyeru kepada semua pihak untuk menghentikan spekulasi yang tidak perlu dan menunggu laporan rasmi PAC,” katanya.


Laporan berkenaan dijangkan akan dibentangkan kepada Parlimen pada Mac depan.


Semalam, Mohd Bakke juga telah membuat kenyataan bahawa perkara yang tersebar di media sosial Facebook menggunakan wajah beliau adalah palsu dan fitnah.



Justeru satu laporan polis dibuat dan beliau tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap pemfitnah berkenaan.


-BNBCC-

No comments:

Post a Comment