PUTRAJAYA
17 Feb. – Akta Mahkamah Syariah 1965 (Akta 355) yang sebelum ini tidak
mengenakan hukuman sama seperti yang diperuntukkan dalam kesalahan syariah
bakal dipinda bagi menepati kehendak syarak dan memperkasakan institusi
Mahkamah Syariah.
Menteri
di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, akta
tersebut yang sebelum ini hanya mengehadkan denda tidak melebihi RM5,000 atau
penjara tidak lebih tiga tahun atau sebatan tidak lebih enam kali atau
kombinasi mana-mana hukuman itu akan dipinda bagi memenuhi tuntutan Islam.
Bagaimanapun,
beliau berkata, orang bukan Islam tidak perlu bimbang kerana pindaan tersebut
hanya tertakluk kepada bidang kuasa Mahkamah Syariah dan orang Islam sahaja.
“Dalam
tempoh begitu lama, sejak Mahkamah Syariah berjalan pada tahun 1988 hingga
sekarang, peruntukan hukuman ‘365’ ini iaitu tiga tahun penjara, denda RM5,000
dan sebat enam kali perlu dilihat semula bagi memenuhi keperluan untuk Islam
dalam pelaksanaan undang-undang di Malaysia.
“Sebenarnya,
perkara ini bukan benda baharu, dalam Akta 355 empat perkara ini iaitu minum
arak, qazaf (tuduh zina), murtad dan berzina telah ada cuma hukuman maksimum
enam sebatan akan ditambah bagi menepati kehendak syarak,” katanya.
Terdahulu
beliau mengadakan pertemuan tertutup dengan pemimpin Kerajaan Negeri Kelantan
yang diketuai oleh Timbalan Menteri Besarnya, Datuk Nik Mohd. Amar Nik Abdullah
dan Setiausaha Agung Pas yang juga Ketua Sekretariat Tetap Hudud Kelantan,
Datuk Takiyuddin Hassan di sini hari ini.
Jamil
Khir berkata, bagi kesalahan meminum arak umpamanya, berdasarkan Akta 355
jumlah hukuman maksimum yang dikenakan hanya sebatan sebanyak enam kali dan
tidak boleh melebihi jumlah tersebut, namun menerusi pindaan, jumlah tersebut
akan ditambah bagi memenuhi keperluan syarak.
“Sekarang
kalau minum arak akan dikenakan sebat enam kali maksimum, sepatutnya (dalam
hukum syarak) ada 40 ke 80 kali rotan jadi kita serahkan kepada hakim untuk
tentukan jumlahnya sama ada 40 kali atau 80 kali atau enam kali rotan sahaja.
“Perkara
ini sama seperti kesalahan berzina, hakim hendak letakkan hukuman rotan 100
kali tidak boleh sebab akta ini hanya mengehadkan enam kali sebatan sahaja,”
katanya.
-Utusan-
No comments:
Post a Comment