Lokman Adam

Lokman Adam
Facebook Lokman Noor Bin Adam

Tuesday 16 February 2016

Malaysia Sumbang RM900,000 Kepada Pelarian Syria Di Jordan

KUALA LUMPUR, 15 Feb (Bernama) -- Malaysia menyumbangkan kira-kira US$240,000 (RM900,000) sebagai bantuan kemanusiaan kepada pelarian Syria di Jordan.


Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata program bantuan itu adalah inisiatif isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor selaku penaung Tabung Kesejahteraan Kanak-Kanak Sedunia (GCWF) dan Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti).


"Sebanyak US$200,000 (RM826,209) telah disumbangkan oleh GCWF manakala US$40,000 (RM165,241) adalah sumbangan Bakti," katanya.


Menurut kenyataan itu, jumlah tersebut merupakan sebahagian daripada US$600,000 (RM2.7 juta) yang disalurkan oleh kedua-dua badan tersebut kepada pelarian Syria di Lubnan dan Jordan.


Katanya, program pengagihan bantuan seperti selimut dan susu kanak-kanak kepada 100 keluarga pelarian Syria telah disampaikan Duta Besar Malaysia ke Jordan, Zakri Jaafar kepada setiap wakil keluarga pelarian Khamis lepas.


Menurutnya, kedutaan Malaysia telah mendapat bantuan daripada Jordan Hashemite Charity Organisation, sebuah agensi penyelaras bagi penyaluran bantuan kemanusiaan, untuk mengenal pasti keluarga pelarian Syria yang tinggal di luar kem pelarian untuk diberikan sumbangan.



- BERNAMA -

No comments:

Post a Comment