Lokman Adam

Lokman Adam
Facebook Lokman Noor Bin Adam

Wednesday, 17 February 2016

DAP Wajib Pastikan MP Mereka Fasih Berbahasa Melayu


CUBA lihat pertuturan kepimpinan DAP, kebanyakan mereka langsung tidak fasih berbahasa Melayu. Cukup sukar untuk memahami percakapan mereka, apatah lagi ‘menghadam’ putar-belit mereka.


Walaupun sudah bertahun-tahun menjadi wakil rakyat, pemimpin DAP ini seakan-akan langsung tidak berusaha untuk menambaik-baik tahap penguasaan bahasa rasmi negara itu.


Ini kah yang dilaungkan oleh DAP sebagai pendokong kepada Perlembagaan Negara? Mereka sentiasa mengkritik pemimpin yang berada diluar kelompok dengan menimbulkan isu remeh dan sampah untuk menimbulkan suasana yang tidak selesa.



Tujuan isu remeh ini dibangkitkan adalah bertujuan untuk memperlihatkan keburukan  keburukan orang lain dimata rakyat, ibarat paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. DAP sering mencari kesalahan kerajaan namun tidak menyedari kelemahan sendiri.



Bahasa Malaysia atau Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan dan telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Kefasihan rakyat atau warganegara  dalam perbualan dan ucapan menunjukan bahawa mereka menghormati Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara.


DAP gemar mengkritik, namun tidak pernah untuk memastikan ahli ahli Parlimen mereka fasih berbahasa Kebangsaan. Sikap hipokrit DAP ini sekali gus seperti tidak mengiktiraf bahawa bahasa Melayu adalah bahasa rasmi kerajaan Malaysia.


Oleh yang demikian cadangan mewajibkan individu yang ingin menjadi wakil rakyat mesti fasih berbahasa Melayu adalah wajar. Malah, kegagalan  berbuat demikian merupakan satu kegagalan untuk  menjadi  seorang pemimpin.



Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi negara.  Malang sekali ahli parlimen negara tidak tahu berbahasa Melayu dengan baik. Membiarkan perkara ini berlanjutan menunjukkan kerajaan tidak serius memartabatkan bahasa Melayu terutama kepada yang bakal dan juga yang sedang menjawat jawatan pemimpin..



Hakikatnya itulah yang terjadi walaupun para pemimpin DAP ini lahir dan membesar di negara ini. Mereka seolah olah tidak mahu mempertingkatkan mutu bahasa kebangsaan yang mana  menjadi bahasa perantaraan dan hubungan antara kaum.



Kerajaan seharusnya mengambil tindakan tegas dan menjadikan syarat utama untuk dipilih sebagai pemimpin adalah dengan memartabatkan Bahasa Melayu melalui kefasihannya.  Penggunaan bahasa Kebangsaan melalui politik dan segala urusan seharian menunjukkan sikap patriotik seorang warganegara itu.



Kegagalan dalam menguasai bahasa Kebangsaan Malaysia ini sekaligus menggambarkan kegagalan seorang pemimpin. Justeru, para pemimpin DAP perlu sedar bahawa bahasa Melayu telah dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa pengantar ilmu sejak kemerdekaan pada tahun 1957, mereka perlu menguasainya dengan fasih, bukan sekadar lulus sahaja.

-klxpress-

No comments:

Post a Comment