SUNNYLANDS:
Pemimpin-pemimpin ASEAN mengulangi pendirian mahukan satu penyelesaian damai
terhadap tuntutan wilayah bertindih ke atas Laut China Selatan, kata Datuk Seri
Najib Tun Razak.
Perdana
Menteri Malaysia berkata isu itu mestilah diselesaikan berdasarkan undang-undang
antarabangsa dan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai
Undang-Undang Laut (UNCLOS).
“Semua
pihak perlu mengekang diri, elakkan ketegangan meningkat di wilayah yang
dipertikai," katanya kepada wartawan Malaysia di sini pada Isnin (Selasa
di Malaysia) di akhir hari pertama Sidang Kemuncak Pemimpin-pemimpin AS-ASEAN
selama dua hari di sini.
Mereka
hendaklah mengelak dari memberi ancaman dan menghormati Deklarasi mengenai Tata
Laku (DoC) pihak-pihak di Laut China Selatan yang ditandatangani oleh ASEAN dan
China pada 2002, yang membuka jalan bagi ASEAN dan China merangka Kod Tata Laku
(CoC) sebagai garis panduan untuk mengelakkan sebarang pertelingkahan di
kawasan itu.
Tuntutan
bertindih itu melibatkan empat negara ASEAN - Brunei, Filipina, Malaysia dan
Vietnam, selain China dan Taiwan.
Najib
berkata beliau menonjolkan perkara itu semasa perbincangan antara 10 pemimpin
ASEAN dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama.
Katanya,
semua pemimpin ASEAN berkongsi sentimen yang sama.
Beliau
berkata adalah penting mengekalkan keamanan, keselamatan dan kestabilan di
samping kebebasan pelayaran dan penerbangan di ruang angkasa kawasan berkenaan.
“Penyelesaian
itu tidak ditujukan kepada China saja. Kita perlukan peranan China secara
positif dan produktif oleh kerana sebarang pertumbuhan ekonomi yang lembab di
China akan memberi impak kepada ekonomi global,” kata beliau.
-Awani-
No comments:
Post a Comment