Lokman Adam

Lokman Adam
Facebook Lokman Noor Bin Adam

Wednesday 17 February 2016

271 Pati Didaftarkan Pada Hari Pertama Program Penggajian Semula


Putrajaya -  Seramai 271 pendatang asing tanpa izin (PATI) didaftarkan oleh majikan pada hari pertama Program Penggajian dan Penempatan Semula PATI yang dilaksanakan mulai semalam.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Sakib Kusmi berkata daripada jumlah itu, 245 orang adalah warganegara Indonesia, Myanmar (lapan) dan lain-lain warganegara (18).

"Daripada 271 PATI yang telah mendaftar, Jabatan Imigresen telah memproses sebanyak 31 permohonan dan 23 telah berjaya manakala baki seramai lapan orang telah ditolak kerana tidak memenuhi syarat-syarat ditetapkan," katanya beliau.

Program yang dilaksanakan secara dalam talian itu bertujuan memberi peluang kepada PATI yang bekerja secara haram di negara ini mendapatkan permit kerja yang sah bagi memenuhi sektor pekerjaan yang dibenarkan.


Jabatan Imigresen menasihatkan orang ramai dan majikan supaya tidak berurusan dengan ejen tidak sah atau mana-mana pihak yang mendakwa boleh menguruskan PATI untuk mengelak daripada risiko penipuan.

-berita RTM-

No comments:

Post a Comment