KUALA
LUMPUR: Malaysia Airlines menafikan laporan media bahawa tiga lelaki yang
ditahan kerana menyeludup kura-kura di lapangan terbang di Dhaka, Bangladesh
pada malam Jumaat ialah kakitangannya.
Dalam
satu kenyataan pada Ahad, Malaysia Airlines berkata mereka yang terlibat secara
langsung bukan kakitangannya dan insiden itu masih disiasat dengan terperinci.
“Syarikat
tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana kakitangan, kontraktor atau penyedia
perkhidmatan yang bersalah atas kesalahan jenayah dan menjalankan kegiatan yang
menyalahi undang-undang.
"Kami
tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan,” kata beliau.
Menurut
media tempatan, tiga kakitangan Malaysia Airlines telah ditahan kerana
menyeludup 30 ekor kura-kura yang dirampas di Lapangan Terbang Antarabangsa
Hazrat Shahjalal, Dhaka, Bangladesh pada malam Jumaat.
Mereka
dikenali sebagai Samiur Rahman, 35, Jewel Ahmed, 29, dan Mizanur Rahman, 30.
Sumber: Astro Awani
No comments:
Post a Comment