ISU
DAP yang menerima dana sebanyak RM1.2 bilion daripada Israel sudah banyak
dimainkan. Malah banyak juga media yang bertanyakan isu ini kepada pemimpin DAP
untuk penjelasan yang sewajarnya.
Bagaimanapun, mereka seolah-olah
seperti penakut, langsung tidak mengulas mahupun menjawab sebarang persoalan
tentang isu ini. Sebaliknya mengugut mahu menyaman jika membuka isu ini.
Jika sewaktu Perdana Menteri
Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dilanda kontroversi kerana menerima sumbangan
sebanyak RM 2.6 bilion, mereka seolah menjadi hero menuntut pelbagai bukti dan
penjelasan.
Tapi kini, bila melibatkan
mereka, terus senyap, langsung tidak bersuara. Adakah ada double standard dalam
isu ini? Tidak kira siapa, baik Penasihat
DAP, Lim Kit Siang, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mahupun
pengerusi-pengerusi negeri, mereka memilih untuk menjadi penakut untuk
menjelaskan isu sebenar.
Malah, mereka juga cukup takut untuk menyahut saranan
Perdana Menteri untuk mendedahkan dana politik yang mereka terima sebelum ini.
Jelas dalam hal ini, DAP, tidak
mengira siapa sekalipun, kecut dan amat penakut jika ada perkara yang menyentuh
perihal parti mereka. Langkah berdiam diri DAP ini menyerlahkan betapa
penakutnya DAP dan secara tidak langsung, DAP telah mengaku kalah dalam isu
ini.
Tidak dapat difahami, bagaimana
masih ada orang yang mengatakan DAP sebagai sebuah parti yang mengamalkan sikap
terbuka dan telus dalam perjuangan mereka. Jika isu yang menyelubungi mereka
sendiri gagal untuk dijelaskan, menampakkan DAP sebagai sebuah parti penakut
dan terlalu lemah untuk berhadapan dengan masyarakat bagi menjelaskan
perkara yang sebenarnya.
- klxpress -
No comments:
Post a Comment