Lokman Adam

Lokman Adam
Facebook Lokman Noor Bin Adam

Thursday 18 February 2016

Empat Sahabat Selamat Dikebumikan. Al-fatihah


18 FEB : Suasana pilu menyelubungi majlis pengkebumian empat sahabat di tanah perkuburan Islam di Cahaya Masai dan Plentong, Johor, Rabu malam.


alfatihahJenazah Luqman Jainie, Abu Izzani Abu Bakar, Nik Shakir Zufayri dan Muhammad Asyraf Isa yang ditemui dalam kereta yang tenggelam dalam anak sungai di Kilometer 42 Jalan Kota Tinggi – Mersing pagi tadi, sebelum itu disembahyangkan di Masjid Nurul Hidayah di Jalan Tasek, Bandar Seri Alam, berhampiran kediaman keluarga mereka.


Hampir 1,000 jemaah hadir menunaikan solat jenazah mereka.


Jenazah Luqman, Nik Shakir Zufayri dan Muhammad Asyraf dikebumikan di Tanah Perkuburan Cahaya Baru Masai di Pasir Gudang, manakala jenazah Abu Izzani dikebumi di Tanah Perkuburan Islam di Sungai Tengkorak, Plentong.


Kelmarin, media melaporkan bahawa empat rakan sebaya berusia 21 tahun hilang sejak 10 Feb. lalu 4 sahabatsewaktu dalam perjalanan untuk bercuti dari kediaman mereka di Bandar Seri Alam ke Terengganu.


Mereka menaiki kereta jenis Honda Accord sewaktu bertolak dari Seri Alam sekitar jam 9.30 malam dan dipercayai melalui jalan Johor Baharu-Kota Tinggi-Mersing-Rompin untuk ke lokasi percutian mereka.


Bagaimanapun, anggota keluarga mangsa melaporkan bahawa mereka gagal dihubungi melalui telefon bimbit selepas dua jam bertolak namun hanya membuat laporan polis lima hari kemudian selepas terus gagal untuk menghubungi mereka.


Spekulasi kehilangan empat sahabat itu sejak seminggu lalu bagaimanapun terjawab pagi tadi apabila kenderaan yang dinaiki mereka ditemui dalam sungai berhampiran ladang kelapa sawit dekat Felda Tenggaroh Rabu tadi.


Semua mangsa ditemui maut di dalam kereta itu yang dipercayai terbabas sebelum terhumban ke dalam anak sungai itu.


-BNBCC-

No comments:

Post a Comment