Lokman Adam

Lokman Adam
Facebook Lokman Noor Bin Adam

Monday, 15 February 2016

Tentera: 76,771 terima kenaikan gaji tahap maksimum Band 5



15 FEB : Berita gembira untuk 76,771 anggota lain-lain pangkat (LLP) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) apabila diumumkan bakal menikmati peningkatan tangga gaji ke tahap maksimum Band 5 (Gred) bermula 1 Julai ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata penambahbaikan tangga gaji itu membabitkan peruntukan RM58.89 juta.

tentera“Kerajaan sudah meluluskan penambahbaikan sistem Tred (Kepakaran) dan Band (Gred) dengan menstruktur semula Tred sedia ada bagi memastikan semua anggota tanpa mengira Tred mempunyai taraf pengetahuan dan kemahiran tinggi, selain berpeluang mencapai peningkatan Band tertinggi.

“Kelulusan ini bukan sahaja memberi manfaat dari segi peningkatan gaji kepada anggota, malah ia adalah pengiktirafan kerajaan terhadap kepakaran dimiliki semua Tred LLP,” katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan Perutusan Tahun Baharu 2016 di Wisma Perkasa, Isnin.

-BNCC-

No comments:

Post a Comment